Syarikat pembuat kereta China, Geely dilaporkan mendahului persaingan untuk membeli 51 peratus pegangan dalam kilang pembuatan Proton di Tanjung Malim.

oleh Shahbudin Husin

Trend menjual, menjual dan menjual kepada China nampaknya berterusan lagi. Setelah sekian banyak diserahkah kepada negara tersebut, kini kita dikejutkan lagi dengan berita syarikat kereta nasional, Proton juga mahu dijual kepada mereka.

Kali ini, syarikat pembuat kereta China, Geely dikhabarkan akan membeli 51 peratus pegangan dalam kilang pembuatan Proton di Tanjung Malim yang sebelum ini menjadi kebanggaan negara kerana kemampuan membinanya tanpa berhutang dengan sesiapa.

Dengan kata lain, kilang itu dibina dengan wang tunai milik Proton sendiri.

Mahu tidak mahu dan walaupun cuba disembunyikan daripada orang-orang kampung serta makcik Felda, hakikatnya, inilah satu lagi bahana 1MDB yang menimpa kita.

Disebabkan hutang yang terlalu tinggi, tidak mampu membayarnya serta terdesak ingin mengambusnya sebelum tiba tarikh pilihanraya, maka cara mudahnya ialah dengan pemimpin kita menukar gelaran mereka lebih kepada “jurujual”.

Sebab itulah, berita mengenai Proton ini tidak akan dijumpai dalam Utusan dan TV3. Kalau boleh biar orang kampung dak makcik Felda tidak tahu mengenainya.

Apabila China sudah menguasai 51 peratus pemilikan Proton, apakah nasib vendor-vendor Bumiputera yang selama ini “cari makan” di situ?

Mampukah mereka terus bersaing dengan vendor-vendor daripada China yang tentu lebih murah harganya?

Adakah juga kilang itu nanti, daripada memasang dan mengeluarkan model kereta sendiri, akan bertukar menjadi tempat untuk hanya pasang pintu, bonet, cermin dan lain-lain model Geely daripada China?

Maka, apa jadi kepada Proton akhirnya?

Proton jadilah Ploton jawabnya!!!

Nota Ana Ghoib: Proton dan MISC ini sejarahnya meski tidak direkodkan [secara politik] ialah antara pemberian teknologi dan dana Jepun kerana isu tuntutan jenayah perang di Malaya seharusnya dimanfaatkan bersungguh-sungguh.

Produk kebanggaan Malaysia yang harus dilindungi dari import melampau kereta asing dan cukai tinggi dalam negeri kerana ia baru berkembang tetapi seseorang telah meranapkan polisi ini.

Hanya kerana isu ‘power window’ rakyat Malaysia sudah meroyan gila memberi imej buruk kepada proton walhal ia sangat berjasa.

Lihat gambar di atas bagaimana pengguna China merosakkan imej kereta Maserati malah Lamborghini hanya kerana layanan buruk pengurusan atau apakah ia satu cara boikot produk asing untuk melonjakkan nama pembuat kereta China sendiri.

Jika ada masalah Proton sepatutnya ia diselesaikan peringkat pengurusan dan bukan semuanya mahu mencari nama mengecam Tun Mahathir sebagai pengasas Proton.

Setiap negara ada jemana mereka sendiri dari Swiss ke New Zealand tetapi jenama kebanggaan Malaysia tidak mahu dipertahankan malah dijual hak miliknya, ‘kegilaan apakah ini…’ – Berita Mimpi – Ana Ghoib

DIKEMASKINI: Pesanan peguam Tun Mahathir kepada Khairy mengenai mentaliti rakyat

KLIK VIDEO: Mukhriz ‘balun’ Najib mengenai FELDA depan peneroka Jengka

KLIK BACA: Najib diiktiraf pemimpin Islam kedua paling berpengaruh di dunia – TV14

KLIK BACA: “Saya ingat lagi Tun Razak beritahu bahaya rasuah”, kata Abu Kassim Mohamed

KLIK BACA: Harga petrol murah kata pemakan dedak, ini penjelasan Kadir Jasin

KLIK BACA: Ulama PAS tolak motor bantah kenaikan harga minyak

KLIK BACAPAS ikut jejak Rasulullah berpolitik secara matang, harap lahir penyokong Islam dari sulbi Umno

TERKINI: Tun Mahathir dedah pentadbiran Pak Lah serah blok medan minyak kepada Brunei, dakwa PBBNK

KLIK BACA: DOJ mahu hapus kepentingan Jho Low dalam hotel di New York – WSJ

Tolong Komen & Share