Sikap dan mentaliti rakyat merupakan cabaran utama ke arah mencapai Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin.

“Yang paling saya khuatir tentang TN50…bukan cabaran kuantitatif (seperti) pendidikan dan lain-lain kerana ini adalah perkara yang kita boleh labur hari ini.

“Kebimbangan utama saya ialah sama ada kita boleh mengubah sikap dan tingkah laku, ini adalah cabaran terbesar yang kita hadapi,” katanya dalam ucapan penutup Persidangan Kepimpinan dan Aspirasi Nasional (NALS 2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Jadi, sama ada kita boleh menyediakan prasarana kelas dunia dan mentaliti kelas pertama, itulah persoalan utama bagi TN50,” katanya.

*Jawapan balas kepada kebimbangan Khairy di atas oleh peguam Tun Mahathir, Haniff Khatri yang dimuatnaik di Facebook beliau sebentar tadi. – MRM

oleh Haniff Khatri Abdulla

Wahai KHAIRY JAMALUDDIN,

Saya cuma ada 2 pesanan kepada anda, KHAIRY JAMALUDDIN :

(a) PEMIMPIN KERAJAAN lah, yang seWAJIBnya ubahkan MENTALITI masing-masing ke tahap KELAS PERTAMA terlebih dahulu, sebelum anda cuba menasihati RAKYAT BIASA tentang keperluan RAKYAT BIASA untuk mempunyai MENTALITI KELAS PERTAMA !!

Bak kata bahasa “Kalau cikgu kencing berdiri, maka anak murid pasti kencing berdiri, sambil berlari di atas keretapi kelajuan tinggi” !!

Jangan sesekali PESONGkan isu dari kecacatan kualiti mentaliti PEMIMPIN KERAJAAN kepada kualliti mentaliti RAKYAT BIASA, kerana mentaliti PEMIMPIN KERAJAAN di masa kini lah, yang sebenarnya memalukan RAKYAT BIASA di persada dunia !!, dan

(b) Kenyataan anda, KHAIRY JAMALUDDIN yang dipetik di atas itu dengan sendirinya, jelas menzahirkan kecacatan kualiti mentaliti PEMIMPIN KERAJAAN di masa kini, kerana walaupun WAWASAN 2020 yang dilancarkan pada 28.02.1991, lebih 25 tahun lalu, akan mencapai tempoh penantian dalam 3 tahun sahaja lagi ….

…..namun disebabkan PEMIMPIN KERAJAAN di masa kini SEDAR bahawa sasaran WAWASAN 2020 itu gagal dicapai oleh KERAJAAN NAJIB RAZAK, maka dengan cara frod kepada RAKYAT BIASA, rejim KERAJAAN NAJIB RAZAK telah secara jahat, mengalihkan perhatian RAKYAT BIASA kepada program “TN 50” pula, agar kegagalan KERAJAAN NAJIB RAZAK mencapai sasaran WAWASAN 2020, akan TERSEMBUNYI dan TERKUBUR !!

Bukankah ini bukti MENTALITI PEMIMPIN KERAJAAN yang berada di tahap paling corot, di mana pelbagai frod dan penyelewengan dilakukan terhadap RAKYAT BIASA ??!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!! – Sumber: Haniff Khatri 


TERKINI: Ku Nan tak fikir pula bantu orang Melayu yang terbeban GST, kata Lip Eng

KLIK VIDEOMukhriz ‘balun’ Najib mengenai FELDA depan peneroka Jengka

KLIK BACA: Harga petrol murah kata pemakan dedak, ini penjelasan Kadir Jasin

KLIK BACA: Ulama PAS tolak motor bantah kenaikan harga minyak

SINARHARIAN: Tun Mahathir dedah pentadbiran Pak Lah serah blok medan minyak kepada Brunei, dakwa PBBNK

KLIK BACA: DOJ mahu hapus kepentingan Jho Low dalam hotel di New York – WSJ

KLIK BACA: China beli Proton jadi PLOTON lah jawabnya….

Tolong Komen & Share