PAS berharap belajar daripada tindakan matang Nabi Muhammad, yang antaranya mendoakan penduduk Taif yang memberikan layanan buruk kepada Baginda.

Baginda, kata Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, mendoakan agar lahir pejuang Islam daripada “sulbi penduduk Taif” yang menzalimi baginda.

Beliau berkata demikian ketika mengulas politik matang Rasulullah, ketika parti itu perlu memilih “antara dua kemudaratan” dalam politik.

Dalam konteks politik negara, kata Hashim, PAS tidak berkompromi terhadap “kezaliman dan penyelewengan” Umno dan BN tetapi harus diakui bahawa mereka boleh dimanfaatkan untuk membela Islam dalam isu tertentu.

Antaranya, kata Hashim lagi, dalam isu Rohingya, Palestin dan pindaan Akta Mahkamah Syariah.

“Seperti Nabi SAW mengharapkan lahirnya pejuangan-pejuang Islam dari sulbi penduduk Taif, PAS juga mengharapkan lahirnya penyokong-penyokong Islam dari sulbi Umno.

“Kebencian mereka terhadap kebobrokan Najib Razak akan menguatkan Islam dengan sikap pemaaf dan kesediaan kita memberikan penghormatan terhadap bekas-bekas pemimpin mereka.

“Kita mempelajari seni politik Rasulullah yang sangat matang itu, dan kita sepatutnya mengambil pendekatan serupa dalam menjana kemenangan Islam,” katanya dalam kenyataan disiarkan Harakahdaily.

Di sebalik pendirian PAS yang menjadi pembangkang, sikap parti itu terhadap Umno sejak akhir-akhir ini menimbulkan rasa kurang senang serta curiga sesetengah pihak.

Menurut Hashim, pendekatan matang dalam tindakan politik membolehkan Islam bangkit, daripada agama yang ditentang keras di Mekah menjadi agama yang diterima oleh semua bangsa dan budaya di seluruh dunia.

Matang, kata Hashim, bermaksud bertindak mengikut pertimbangan iman dan akal, bukannya hawa nafsu, serakah, kesumat dan sentimen sehingga menolak kebenaran sebagai benar dan kebatilan sebagai batil.

Perihal kematangan Rasulullah dalam dakwah, katanya, banyak dicatat oleh ulamak, sehingga terzahir kebijaksanaan yang memberikan kemenangan besar kepada Islam.

Merujuk kepada kejadian Muhammad ke Taif, Hashim menjelaskan bagaimana nabi dilayan sangat buruk termasuk dimaki dan dicederakan.

“Begitu juga ketika pembukaan kota Mekah, baginda mengambil tindakan matang dengan menjadikan rumah Abu Sufian sebagai tempat perlindungan kepada orang Mekah.

“Bukankah Rasulullah SAW telah mempelopori politik matang dalam sejarah Islam?” katanya lagi.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang berkecimpung dalam arena politik negara, katanya, mereka memilih untuk mengikuti jejak Rasulullah dengan berpolitik secara matang.

PAS, kata Hashim, memilih antara dua kemudaratan, iaitu antara bertaawun (tolong menolong) dengan orang Islam yang zalim atau bertahaluf (bekerjasama) dengan orang bukan Islam yang keras sikapnya terhadap Islam. – Malaysiakini


Nota Ana Ghoib mengenai orang yang memukau ayat dan bahasanya memaafkan:

Kenapa tidak menyamakan perjanjian taat setia Nabi Muhammad seperti Baitul Ridwan-Hudaibiyah yang mana baginda tidak mencagar ‘taklik’ isteri demi ketakutan hilang kuasa atau khianat ahli?

Perkara ini juga akan diungkit oleh ulama Umno jika kamu berseteru dengan mereka – percayalah!  Imam dan Iman mana yang menyuruh? Nabi mana yang mengajar demikian? Kitab mana yang menunjuki?

Jangan kata ulama PAS jika ulama silam sekali pun mengizinkannya atas alasan fekah aku juga memarahi mereka manakala disebutkan oleh tabiin bahawa orang yang mengambil kesempatan atas kegelinciran ulama itu adalah sesat.

Kenapa pula tidak menyebut bagaimana Umar menahan mereka yang disyaki rasuah hingga dibuktikan tidak bersalah sedangkan Khalifah Amirul Mukminin yang lebih aula diikut dari pemimpin politik PAS dan Umno yang kini banyak bermuslihat mengambil keuntungan dunia sesama sendiri tetapi mencanang pejuang bangsa dan agama.

Bukan begitu jalan Rasulullah manakala penyakit ambil separuh-separuh dan sembunyi belakang badan untuk menyesuaikan dengan selera nafsu politik begini amatlah malang dan saling menyesatkan umpama jauh panggang dari api.

Allah menyuruh Nabi Muhammad berlaku adil tanpa memilih bulu malah jangan sesekali cenderung kerana harta, pangkat atau nasab sesiapa pun.

Firman Allah: Kemudian orang-orang yang zalim itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka). – (Al-Baqarah 2:59)

Firman Allah: Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.

Sedarlah! Kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)? – (An-Nisaa’ 4:107-109)

Ceritakanlah dengan benar jangan sembunyi dibalik hujah yang muluk-muluk indah – jika tidak – tidak lepas – malah ramai yang menuntut sedang negeri ini ada penjagaNYA.

Firman Allah: Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (WABAYYANU – apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. – (Al-Baqarah 2:160)

Sebab itu keadilan perlu ditegakkan melalui sistem keadilan dunia yang kamu sendiri junjung kepada mereka yang disyaki bukanlah HAK kamu memaafkan memilih bulu demi kepentingan politik kamu oleh itu kelak jangan berdalih bahawa perkara ini tidak disampaikan kepada kamu yang membaca. – Berita Mimpi – Ana Ghoib #MohdShukri

KLIK BACA: Doakan Najib mampu setenang Tun Mahathir setuju siasatan Suruhanjaya Diraja

KLIK BACA: Dr Mahathir alu-alukan RCI siasat BMF, forex tapi dengan syarat…

KLIK BACAIdris: Adakah mereka mahu Hadi tampar Najib?

TERKINI: Misteri Jet Jho Low dirampas di Singapura?

KLIK BACA: Najib fikir cukup tiada lagi sambutan permaidani merah dan bunga manggar?

KLIK BACA: Ikut macam Mahathir simpan gaji sampai anak boleh jadi jutawan terkaya Malaysia

KLIK BACA: PAS parti politik paling mengada-ngada dalam dunia

KLIK BACA: Ulama PAS, Nasrudin tolak motor bantah kenaikan harga minyak

KLIK BACA: China beli Proton jadi PLOTON lah jawabnya….

KLIK BACA: Harga petrol murah kata pemakan dedak, ini penjelasan Kadir Jasin

KLIK BACA:  “IPIC, 1MDB bertelagah selepas AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar dilapor hilang” – Reuters

Tolong Komen & Share