Cadangan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar dipandang sinis sebuah kumpulan pelajar.

Kumpulan yang menamakan diri Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) itu mendakwa, usaha itu jika menjadi kenyataan hanya akan “memperkasakan kedudukan pendidikan sebagai komoditi”.

Mereka juga bimbang ia akan dijadikan alasan kerajaan untuk mengurangkan peruntukan pendidikan.

“MARA terpesong daripada idea asalnya ditubuhkan untuk menjaga kebajikan warga terpinggi, bukan untuk golongan berkemampuan,” menurut kumpulan itu dalam memorandum lima halaman.

Ia diserahkan oleh Timbalan Pengerusi MARA Datuk Ibrahim Ahmad di ibu pejabat majlis itu di Kuala Lumpur.

GMPP diwakili empat pelajar institut pengajian tinggi daripada Universiti Malaya, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Teknologi Petronas dan Brickfields Asia College.

Sementara itu, seorang pemimpin kumpulan itu Sharan Raj memberi amaran akan menganjurkan demonstrasi bantahan jika gesaan mereka diabaikan.

“Kita akan ikuti perkembangan isu ini dari minggu ke minggu,” katanya yang juga anggota Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Bagaimanapun, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata kewujudan MRSM berbayar akan membantu anak-anak golongan berpendapatan rendah untuk terus belajar.

Katanya, MRSM untuk pihak berkemampuan akan memberi kelebihan kepada golongan berpendapatan rendah kerana tidak perlu berebut tempat.

Namun cadangan tersebut masih di peringkat kajian awal dan belum dibawa ke mesyuarat Majlis MARA, serta belum dirujuk kepada kementerian untuk kelulusan. – Malaysiakini

KLIK BACA: Ikut macam Mahathir simpan gaji sampai anak boleh jadi jutawan terkaya Malaysia

KLIK BACA: PAS ikut jejak Rasulullah berpolitik secara matang, harap lahir penyokong Islam dari sulbi Umno

KLIK BACA: PAS parti politik paling mengada-ngada dalam dunia

KLIK BACA: Ulama PAS, Nasrudin tolak motor bantah kenaikan harga minyak

KLIK BACA: China beli Proton jadi PLOTON lah jawabnya….

KLIK VIDEOMukhriz ‘balun’ Najib mengenai FELDA depan peneroka Jengka

KLIK BACA: Harga petrol murah kata pemakan dedak, ini penjelasan Kadir Jasin

TERKINI: Tun Mahathir dedah pentadbiran Pak Lah serah blok medan minyak kepada Brunei, dakwa PBBNK

Tolong Komen & Share