Hasrat pencinta filem Bollywood di Pakistan untuk menonton aksi Shah Rukh Khan tidak kesampaian apabila naskhah dibintangi aktor berkenaan tidak diluluskan lembaga perfileman negara itu.

Pengharaman itu dibuat apabila watak Raess digambarkan sebagai Muslim yang membawa pengaruh tidak baik, lapor The Guardian.

Sememangnya filem dari India amat popular di Pakistan terutama apabila watak utamanya diterajui oleh Shah Rukh.

Selasa lalu, pengerusi lembaga penapisan perfileman Pakistan Mubashir Husain berkata Raess tidak layak disiarkan di panggung.

“Ya, sijil tapisan belum dikeluarkan ke atas filem Raees kerana didapati mengandungi kandungan tidak sesuai,” beliau dipetik sebagai berkata.

Namun, Mubashir tidak menjelaskan lebih lanjut punca pengharaman Raees.

Beliau cuma merujuk kepada laporan media mengenai plot terdapat dalam filem itu yang memaparkan Shah Rukh – sebagai penyeludup Muslim – berjaya memenangi pilihan raya ketika berada dalam penjara.

Filem itu memaparkan kisah Raees yang berasal dari Fatehpur, Gujarat terbabit dalam perdagangan minuman keras pada usia yang sangat muda.

Raees bekerja dengan ketua gangster Jairaj dan tugasnya menyeludup alkohol secara haram dengan merasuah polis.

Terdahulu, sebuah akhbar Dawn melaporkan Raees merendah-rendahkan Islam selain menggambarkan Muslim sebagai penjenayah, individu dikehendaki dan pengganas.

Dengan tarian mengagumkan dan skrip yang mantap, filem India dikatakan berjaya membawa perubahan besar dalam industri perfileman di Pakistan selepas berdekad mengalami kejatuhan.

Filem menjadi pemcetus mudah konflik antara Pakistan dan India, yang masing-masing bersaing sebagai kuasa nuklear dan pernah terbabit dalam empat peperangan.

KLIK BACA: Skandal BMF & Forex Mahathir, agenda bodoh Umno tak akan kembalikan keyakinan

KLIK BACA: “Pemuda Umno sepatutnya tanya mana Riza Aziz?” – Ezam

Tolong Komen & Share