oleh Shakira Buang

Tunggu dan lihat – itu janji Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, selepas perdana menteri menganggapnya berbohong dalam dakwaan peletakan jawatan seorang menteri kanan kabinet.

Ditemui media sebentar tadi, Azmin berkata, tidak mengejutkan apabila Datuk Seri Najib Razak menafikan ada anggota kabinetnya akan meletak jawatan.

Kata Azmin, maklumat mengenai peletakan jawatan itu disampaikan orang terbabit sendiri kepadanya baru-baru ini.

“Maklumat itu (datang) terus daripada orang yang berkenaan.

“Tunggu, kita akan umumkan,” kata Azmin.

Timbalan presiden PKR itu bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam amal Jaksa Pendamai (JP) Selangor di Klang, malam ini.

Turut hadir, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Beliau (perdana menteri) memang perlu menafikannya,” kata beliau.

Petang tadi Azmin membayangkan mengenai peletakan seorang menteri daripada kabinet Najib melalui catatan di Twitter.

Bagaimanapun ADUN Bukit Antarabangsa itu tidak memberikan sebarang bayangan mengenai identiti tokoh terbabit kecuali menyatakan dia adalah seorang menteri kanan.

Malam ini Najib menafikan ada menteri memaklumkan kepada beliau mahu meletak jawatan. Justeru, kata perdana menteri, beliau menganggap Azmin berbohong, kecuali menteri besar Selangor itu menyatakan nama menteri yang dimaksudkan.

Kenyataan Azmin malam ini sebaliknya menguatkan lagi khabar angin mengenai peletakan jawatan tersebut. Tambahan pula penegasan dibuat beliau bahawa maklumat berkenaan disampaikan terus kepadanya.

DIKEMASKININajib suruh Azmin beritahu siapa menteri letak jawatan, kalau tidak bohong

DIKEMASKINI: Menteri letak jawatan, Anifah Aman mungkin dimaksudkan Azmin? 

Setakat ini tidak dapat dipastikan mengapa peletakan jawatan itu akan diumumkan oleh pihak Azmin, kecuali – jika peletakan jawatan itu benar-benar berlaku – menteri terbabit memutuskan untuk menyertai pembangkang.

Menurut kenyataan di Twitter itu, Azmin mendakwa peletakan jawatan berkenaan ada kaitan dengan isu 1MDB.

“Benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan? Khabarnya beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB. Cuba ikuti perkembangan,” katanya.

Andainya bayangan diberi Azmin itu benar, ia mungkin satu lagi perkembangan yang menjejaskan imej kerajaan pimpinan Najib dalam isu 1MDB.

Sebelum ini beberapa menteri kanan sudah menjadi ‘korban’ kepada isu berkenaan, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Pada September tahun lalu Ahmad Husni yang pernah diberi kepercayaan menjadi menteri kewangan kedua berkata, beliau tertekan dengan kemelut melanda 1MDB.

Dipetik Sinar Harian, Ahmad Husni berkata tekanan darahnya naik mendadak selama lima jam pada awal April lalu kerana tertekan.

“Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada,” katanya.

Walaupun syarikat pelaburan milik negara itu dikatakan bermasalah dan ada kaitan dengan Najib, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan perdana menteri tidak terlibat dalam sebarang salah laku 1MDB. – Malaysiakini

DIKEMASKINI: Menteri letak jawatan, Anifah Aman mungkin dimaksudkan Azmin? 

DIKEMASKINI: Memang Najib akan nafi menteri letak jawatan, kata Azmin

TULISAN PENUH: Tun Mahathir – Umno sebagai pengkhianat

DIKEMASKINI: Dr Mahathir temui Anwar lagi, setuju Najib harus pergi 

KLIK BACA: China beli Proton jadi PLOTON lah jawabnya….

KLIK BACAPM tak patut jadi menteri kewangan, kata bekas penolong gabenor Bank Negara

KLIK BACA: BMF & Forex Mahathir, agenda bodoh Umno tak akan kembalikan keyakinan – Ezam

KLIK BACA: PAS ikut jejak Rasulullah berpolitik secara matang, harap lahir penyokong Islam dari sulbi Umno

KLIK BACA: Ulama PAS, Nasrudin tolak motor bantah kenaikan harga minyak

KLIK BACA: Jangan tolong syaitan menghina, betulkan doakan dia – Umar Al Khattab

Tolong Komen & Share