Amanah bersama-sama Pakatan Harapan tetap mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan memperjuangkan hak kaum lain jika berjaya memerintah negara.

Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus berkata, dakwaan Umno-BN bahawa sekiranya Pakatan Harapan memerintah, hak istimewa dan kepentingan Melayu akan terhakis adalah suatu pembohongan.

Sebaliknya tegas beliau, Pakatan Harapan akan menjadikan Perlembagaan Malaysia sebagai rujukan bagi memastikan tiada mana-mana kaum dipinggirkan.

“Selain menjaga kepentingan orang Melayu, Pakatan Harapan akan memastikan nasib bangsa lain termasuklah kebajikan mereka juga akan diperjuangkan.

“Kita tidak mahu adanya pemimpin yang menjadikan pembohongan sebagai teras perjuangan mereka.

“Ini terbukti ketika ini apabila BN memimpin, banyak penipuan yang menjadi amalan mereka sehinggakan rakyat terkesan dengan merudumnya nilai ringgit, meningkatnya kos sara hidup dan cukai melampau terhadap rakyat miskin,” katanya dalam program Bicara Rakyat di Kuala Kedah malam tadi.

Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno sering berdolak-dalik dalam banyak perkara melibatkan ketirisan dana negara seperti 1MDB, RM2.6 bilion serta pelbagai lagi angkara.

Sehubungan itu jelasnya, kerosakan demi kerosakan mulai bercambah sehinggakan kezaliman yang begitu ketara sanggup dipertahankan pula oleh segelintir parti pembangkang.

“Lebih dikesalkan apabila adanya ulamak yang rosak setelah mereka bersekongkol dengan kerajaan yang mengamalkan kezaliman.

“Ulamak sebegini adalah ulamak yang rosak kerana mengejar harta kekayaan negara dan tidak menentang kezaliman di hadapan mata.

“Pakatan Harapan pula berjuang untuk menurunkan Umno-BN serta ingin mengambil alih pemerintahan Putrajaya bagi membawa perubahan dengan membela nasib rakyat, ” ujarnya lagi.

Rentetan itu katanya, bagi memastikan kemenangan tercapai dalam pilihan raya umum yang akan datang, Pakatan Harapan bukan sahaja akan diwakili oleh Amanah, PKR dan DAP, bahkan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bersama-sama pada bila-bila masa sahaja.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahahthir Mohamad dan Pengerusi PKR Negeri Kedah, Dr Azman Ismail. – Malaysia Dateline

DIKEMASKINI: Husam: Hadi Awang melucukan, kalah saman sivil tak layak bertanding PRU

KLIK BACA: Kempen burukkan Mahathir, sentimen anti Najib Rosmah memuncak – ZAM

TERKINI PANAS: Peneroka kecewa kemana pergi RM4.3 bilion duit Felda, luah Shahrir Samad

TULISAN PENUH: Tun Mahathir – Umno sebagai pengkhianat

KLIK BACAPM tak patut jadi menteri kewangan, kata bekas penolong gabenor Bank Negara

KLIK BACA: PAS ikut jejak Rasulullah berpolitik secara matang, harap lahir penyokong Islam dari sulbi Umno

KLIK BACA: Ulama PAS, Nasrudin tolak motor bantah kenaikan harga minyak

KLIK BACA: Jangan tolong syaitan menghina, betulkan doakan dia – Umar Al Khattab

Tolong Komen & Share