Tun Dr Mahathir adalah pengasas jenama kereta Proton yang menjadi kebanggaan Malaysia dan tulisan ini dipetik dari blognya chedet.cc yang disiarkan pada Oktober 2016.

Tulisan ini kembali relevan dan disiarkan semula susulan tindakan Proton melalui kerajaan Najib Razak menjual sebahagian kepentingan Proton samada kepada China atau Perancis pada Februari 2017 ini serta langkah awal Najib mengumumkannya dari video ucapan beliau di bawah yang mendakwa era Mahathir di dalam Proton sudah berakhir. – MRM

oleh Dr Mahathir Mohamad

1.Semasa menerima borang untuk jadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ada yang menyatakan mereka menerima ugutan dari parti UMNO dan Kerajaan Najib.

2. Bermacam jenis ugutan dibuat termasuk tidak akan memberi BR1M, disingkir dari UMNO, atau lucut jawatan dalam Kerajaan dan agensi-agensinya, tidak diberi kontrak, biasiswa tidak akan diberi dan akan ditarik balik dan sebagainya, bank akan tuntut hutang lebih awal dan akan tolak permohonan.

3. Tetapi mereka masih sanggup didera seperti ini kerana kepercayaan bahawa akhirnya, dengan penyertaan mereka dalam PPBM dan mengundi baginya dalam PRU14, nikmat berkali ganda akan diperolehi oleh negara dan diri mereka juga.

Mereka menyatakan bahawa tekanan terhadap mereka tidak akan berjaya menghalang mereka dari menyertai PPBM. Dan mereka berusaha mendapat bumiputra lain termasuk ahli UMNO supaya menyertai PPBM.

5. Perjuangan bagi mereka bermakna kesanggupan mengatasi sebarang rintangan. Perjuangan tidak bermakna jika jalan ke arah matlamat terbuka luas dan ditabur dengan bunga mawar sepanjangnya.

6. Sesungguhnya Najib amat terdesak untuk melemahkan semangat saya juga. Bukan sahaja escort motosikal polis ditarik balik tetapi pegawai saya dan tukang masak saya pun hendak ditukar. Semua kenalan saya diganggu dengan menghantar jabatan hasil dalam negeri untuk ugut terutama mereka yang berniaga. Jikalau semua cukai sudah dibayar pun cukai tambahan dikenakan.

7. Orang-orang Proton tidak dibenar bercakap dengan saya, dan peniaga kenalan saya tidak dibenar mengadakan business dengan Proton. Tujuan Najib ialah supaya Proton bankrap dan boleh dijual dengan murah.

8. Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton. Proton hendaklah dijual kepada orang asing 100% supaya industri kereta nasional dihapuskan. Hanya kereta import sahaja yang boleh dijual di Malaysia. Jangan ada apa-apa yang dimula oleh saya. Biar hancur industri tempatan asalkan Najib puas hati.

9. Sesungguhnya ramai juga orang Malaysia yang takut didera oleh Kerajaan Najib. Itulah demokrasi Najib.

10. Saya tidak putus asa dan saya percaya rakyat Malaysia akan terus memiliki semangat juang untuk jatuhkan Kerajaan kuku besi Najib. Mereka tidak takut. Lebih kuat tekanan lebih bencilah mereka terhadap Najib dan Kerajaannya. Semua mereka malu dan tidak ingin melihat negara tercinta ini memiliki seorang P.M. yang dituduh dan dipercayai oleh seluruh dunia telah lesap (curi) berbilion duit rakyat. – Baca lanjut tulisan penuh di The Malaysian Times. | Video kredit KiniTV

Nota Ana Ghoib: Tidak dapat bekerjasama maka ‘hijack’ sahajalah usaha terhormat dan harum orang lain meski nama orang pun jadi.

TERKINI: Dr Mahathir jawab laporan polis terhadapnya berhubung Forest City Johor

DIKEMASKINI: Husam: Hadi Awang melucukan, kalah saman sivil tak layak bertanding PRU

KLIK BACA: Kempen burukkan Mahathir, sentimen anti Najib Rosmah memuncak – ZAM

TERKINI: Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton – Dr Mahathir

TERKINI PANAS: Peneroka kecewa kemana pergi RM4.3 bilion duit Felda, luah Shahrir Samad

TULISAN PENUH: Tun Mahathir – Umno sebagai pengkhianat

KLIK BACAPM tak patut jadi menteri kewangan, kata bekas penolong gabenor Bank Negara

KLIK BACA: PAS ikut jejak Rasulullah berpolitik secara matang, harap lahir penyokong Islam dari sulbi Umno

KLIK BACA: Ulama PAS, Nasrudin tolak motor bantah kenaikan harga minyak

KLIK BACA: Jangan tolong syaitan menghina, betulkan doakan dia – Umar Al Khattab

Tolong Komen & Share