Tun Dr. Mahathir Mohamad secara tegas menyatakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan sesekali mengetepikan DAP semata-mata untuk bekerjasama dengan Pas.

Keperluan DAP dalam pakatan pembangkang, menurut Pengerusi PPBM itu adalah sama seperti Barisan Nasional dan UMNO memerlukan MCA.

Beliau berkata, PPBM akan menjalinkan kerjasama dengan parti lain dalam pembangkang terutama DAP memandangkan parti itu mempunyai jumlah kerusi terbanyak iaitu 39 kerusi.

“Kerana itu, kita tidak akan meninggalkan parti yang memiliki 39 kerusi hanya semata-mata untuk mendapat sokongan parti yang hanya memiliki kurang daripada 20 kerusi.

“Kita harus terima bahawa negara ini berbilang kaum, mana boleh nak dapatkan kemenangan dan mahu mendirikan kerajaan cuma mahu dapat undi Melayu sahaja, itu tidak boleh,” kata­nya kepada pembe­rita selepas majlis penyerahan watikah kepada 120 ke­tua bahagian PPBM di sini hari ini lapor Utusan Online.

Sambil menafikan PPBM pernah memberi kata dua kepada Pas untuk menjalin kerjasama, Dr. Mahathir berkata, pihaknya akan terus menunggu Pas dalam tempoh sebulan untuk parti itu membuat keputusan.

Nota Ana Ghoib: Perkara mudah mengenai kaum di negara Malaysia kepada yang pura-pura tak faham atau kerana marah mata menjadi kelabu!

Apa yang PAS kemaruk sangat marah kepada DAP dan AMANAH walhal ini negara demokrasi untuk mereka menubuhkan parti politik sebagai memeriahkan persaingan siapa mempunyai bakat dan idea terbaik memerintah negara.

PAS apakah masih marah DAP kerana mereka DAP mengecam tindakan PAS masuk bertanding 3 penjuru di kawasan PKR pada PRU13 dahulu.

Sudah-sudahlah itu cuba bertenang, bersaing secara sihat dan fikirkan apa padahnya jika kepala gila-gila sama memerintah negara ini. – Ana Ghoib Syeikh Malaya

KLIK VIDEO: Wanita lahirkan kambing di Nigeria

TERKINI: Abang tiri Kim Jong Un mati diracun di KLIA oleh 2 wanita

KELAKAREYCerita Lawak Penduduk Kampung Yang Pendek Akal

KLIK BACADr Asri ingatkan sejarah PAS dan Hudud?

KLIK BACA: Skandal BMF: Bekas wartawan NST, Star dedah Dr Mahathir arah siasatan ke akar umbi

KLIK BACA: Kadir Jasin: George Tan dalam kes BMF dan Jho Low dalam kes 1MDB tapi…

KLIK BACA: Pekak buta tuli baca apa pun tak faham – Tun Mahathir

KLIK BACA: Jangan tolong syaitan menghina, betulkan doakan dia – Umar Al Khattab

Tolong Komen & Share