GEORGE TOWN: Kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sukar dilakukan kerana mereka berpakat dengan parti yang menentang prinsip PAS, kata ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata kerjasama antara mereka tidak mungkin berlaku walaupun Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad “mencium kaki” pemimpin PAS, dalam cubaan membentuk pakatan pilihan raya.

Ini kerana sebarang pakatan dengan PAS perlu menguntungkan Islam secara keseluruhannya.

“PAS meletakkan keredhaan Allah sebagai matlamat akhir dalam perjuangannya. PAS rela merangkak demi mendapat keredhaan Allah.

“Itu lebih mulia daripada berkawan dengan orang yang sanggup mencium kaki orang lain semata-mata untuk berkuasa.

“Inilah beza PAS dengan yang lain. Tun M boleh jadi masih tidak faham prinsip ini,” katanya ketika dihubungi FMT.

Afnan mengulas tempoh sebulan yang diberikan Dr Mahathir kepada PAS untuk menentukan jika ia mahu membentuk pakatan bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. – FMT

Firman Allah: Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab. – (Ar-Ruum 30:29)

Nota Ana Ghoib: Keredhaan Allah membuat hukum sendiri mencagar taklik cerai isteri talak 3 kerana takut hilang kuasa?

Entah Nabi dan ulama mana yang mengajarnya apakah mereka ini pendusta sunnah Rasulullah kerana muslihat politik boleh sahaja walhal jelas hukum akal jika tidak kitabullah dan hadis akan perkara buruk dan baik itu.

Walhal isteri itu diambil dengan nama Allah melalui akad yang kukuh tidak dihirau ulama akhir zaman  [baca sini hukumnya].

Adakah tuhan kamu Allah tidak melarang kamu di dalam Al Quran agar tidak berhujah untuk orang yang khianat amanah? – [rujuk kisah Ubairiq]

Kamu tahu ini – bukankah orang itu menyembunyikan bukti dan bertindak melampaui batas maka siapakah yang akan membela mereka di depan Allah kelak dan bukankah Allah menyuruh kamu berlaku adil?

Firman Allah mudah yakni barang siapa buta [buat-buat buta] di dunia lebih buta lagi akhirat – jika demikian sememangnya merangkak dalam gelap.

Tanpa memihak sedangkan Mahathir cuma sekadar menyindir tidak difahamnya seolah kerja bodoh mahu merangkak cium kaki pemimpin PAS yang akan teruk dihentam Umno sendiri jika tidak kerana mereka ada kepentingan mempertahan pemimpin teratas bukan kerana mahukan hudud pun.

PAS juga bukan mahukan dunia dan kuasa dengan bertanding PRU malah sekadar menjadi penasihat yang tidak diendahkan Umno pun dalam isu beban kos hidup rakyat dan skandal lainnya.

Dr Asri Mufti Perlis ada menerangkan dengan jelas sikap sebenar PAS menurut sejarah lama dan hari ini baca kisahnya: Dr Asri ingatkan sejarah PAS dan Hudud?

Nota Ana Ghoib: Firman Allah: Sau’rikum Daral Fasikin …. Thoha Putrajaya

Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik – derhaka”.

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui.

Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat). – (Al-A’raaf 7:145-147)

Firman Allah: Dan perintah Kami hanyalah satu perkataan seperti kerdipan mata. – (Al-Qamar: 50) | Susunan: Ana Ghoib – Berita Mimpi

KLIK BACAPAS: Husam ‘Kaki Auta’, Penakut Berdebat Isu Baiah

KLIK BACA: Tun Mahathir bangga SPRM berjaya tangkap pegawai tinggi kerajaan?

KLIK BACA: Kenapa PM sendiri tak datang parlimen sahkan derma Arab, soal Tony Pua

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: Penerangan penting Kadir Jasin berkenaan polisi Najib yang ditentang Mahathir

KLIK BACA: “Aku akan pergi tidak lama lagi, dapatkah aku pejam mata hembus nafas terakhir” – Tun Mahathir

KELAKAREYCerita Lawak Penduduk Kampung Yang Pendek Akal

KLIK BACA: Jangan tolong syaitan menghina, betulkan doakan dia – Umar Al Khattab

Tolong Komen & Share