Mahfuz Omar diminta keluar PAS jika tidak setuju dasar politik Hadi Awang – Foto FMT

SHAH ALAM – “Sekiranya Presiden Pas, (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) mahu tindakan tatatertib dikenakan ke atas saya, maka saya tidak boleh menghalangnya,” demikian reaksi Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mengakui beliau bukanlah individu yang berkuasa menentang Abdul Hadi, Mahfuz berkata, keputusan Abdul Hadi sebagai ulamak besar dalam parti harus dihormati.

“Saya berjiwa besar. Apa yang ulama besar nak kata kepada saya, saya tidak akan terasa. Apa yang saya buat (mengkritik dan menegur parti) dalam kerana saya sayangkan parti.

“Saya tidak mahu rakyat mempunyai tanggapan yang Pas adalah parti yang tidak boleh ditegur,” beliau berkata demikian kepada Sinar Online, hari ini.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan meminta Mahfuz meninggalkan parti itu jika tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus mengkritik dan menyerang Pas.

Beliau menjelaskan, bukan hanya Mahfuz tetapi pemimpin dalam parti perlu meninggalkan Pas sekiranya mereka tidak lagi menyokong dasar yang telah ditetapkan dalam parti itu.

Sementara itu, Mahfuz menegaskan beliau tidak akan mengundur diri dari parti hanya semata-mata diminta berbuat demikian.

Kata Mahfuz, beliau akan terus kekal dalam Pas demi mengimbangi suara dan prinsip parti dalam dunia politik tanah air.

“Beliau (Abdul Hadi) seorang ulama, beliau bolehlah bercakap tentang maruah. Siapalah saya ini untuk bercakap soal maruah. Saya hanya insan yang kerdil dalam parti.

“Kalau mereka tidak terima, saya tidak boleh buat apa-apa. Namun saya tidak akan keluar daripada Pas,” katanya lagi.

Nota Ana Ghoib dari firman Allah:  Sau’riikum Daaral Faasikin …. Thoha Putrajaya

….Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik – derhaka.

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat). – (Al-A’raaf 7:145-147)

Susunan: – Berita Mimpi Ana Ghoib – Hud’s

KLIK BACARakyat bangga jika Hadi bawa PAS ke landasan yang betul – Mahfuz

KLIK BACA: Pasukan khas siasatan Forex idea Najib yang hebat – Kadir Jasin

TERKINI: “Emak tak suka tetapi hendak pergi juga,” kata keluarga tragedi basikal dirempuh kereta

KLIK BACA: Zam hairan banyak kejadian buruk berlaku di bawah Najib

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KELAKAREYCerita Lawak Penduduk Kampung Yang Pendek Akal

KLIK BACA: Jangan tolong syaitan menghina, betulkan doakan dia – Umar Al Khattab

KLIK BACA: Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

Tolong Komen & Share