Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin dipersalahkan dalam banyak perkara, tetapi kadang kala kritikan terhadapnya dianggap melampau bagi sesetengah orang.

Sentimen itu turut dikongsi oleh ahli exco Pemuda Umno Ibdilillah Ishak yang menjawab tulisan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin di Twitter.

Awal hari Ini, Zainudin mendakwa di bawah pemerintahan Najib, banyak kejadian buruk berlaku termasuk tragedi kehilangan pesawat MH370, pencerobohan Lahad Datu, penculikan dan pembunuhan seorang “pemimpin dunia”.

Malah, Zainuddin berkata kematian lapan remaja berbasikal yang dirempuh kereta semalam, dan hospital terbakar di Johor turut menambah tragedi di bawah era Najib.

“Saya hairan di bawah Najib banyak kejadian buruk berlaku dari kehilangan dan tembakan kapal terbang, Lahad Datu, penculikan, pembunuhan world leader dan lain-lain.

“Lapan remaja penunggang basikal terbunuh dilanggar motorcar di Johor. Sebelumnya hospital terbakar. Menambah tragedi negara di bawah era Najib,” tulis Zainudin.

Susulan itu, Ibdilillah mengecam tweet berkenaan dan meminta bekas menteri itu supaya berhenti menulis seperti ‘orang tidak waras’.

“Takkan ini tahap pemikiran mantan menteri/veteran politik? Berhentilah tweet macam orang tak waras Tan Sri,” katanya.

Zainudin merupakan bekas wartawan sebelum menjadi ahli politik dan dilantik sebagai menteri penerangan semasa pentadbiran Tun Abullah Ahmad Badawi.

Pada masa ini, Zainuddin atau lebih popular dengan panggilan Zam merupakan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), parti yang diasaskan bos lama beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara lain, parti itu ditubuhkan bertujuan untuk menyingkirkan Najib daripada jawatan perdana menteri. – Malaysiakini

Nota Ana Ghoib – Firman Allah: Sau’rikum Daral Fasikin …. Thoha Putrajaya

…Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik – derhaka.

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui.

Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat). – (Al-A’raaf 7:145-147) | Susunan: Ana Ghoib – Berita Mimpi – Hud’s

DIKEMASKINI: Duta Korea Utara dakwa polis ugut tembak keluarga, pukul anak suspek

KLIK BACA: Menangislah kamu wahai Melayu – Sajak Tun Mahathir

KLIK BACA: Bagaimana jika Umno rela PAS menang lebih besar? – Nik Abduh

KLIK BACA: Senarai 29 kesalahan Lim Kit Siang tersebar

TERKINI: Siasatan Forex bawa polis, SPRM saya boleh jawab, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KELAKAREYCerita Lawak Penduduk Kampung Yang Pendek Akal

Tolong Komen & Share