KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd, menerusi unitnya di Indonesia, PT PROTON Edar Indonesia (PEI), melancarkan model hatchback kompak terbaharunya, Proton Iriz, di beberapa bandar di republik itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali dalam satu kenyataan berkata, Indonesia adalah pasaran penting bagi pengeluar kereta nasional itu.

“Bukan sahaja kita dapat mengekalkan hubungan erat kerajaan kepada kerajaan sebagai ahli-ahli yang mengasaskan pertubuhan ASEAN, tetapi juga kita berkongsi pelbagai persamaan dari segi budaya, rakyat, bahasa dan keadaan cuaca,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Ahmad Fuaad berkata Indonesia merupakan negara kedua selepas Brunei mengimport kereta tersebut.

Beliau berkata dua varian berbeza disediakan untuk pasaran Indonesia, iaitu 1.3L MT Standard dan 1.3L CVT Standard, masing-masing berharga 175,250,000 rupiah (RM58,530) dan 185,283,000 rupiah (RM61,881).

PEI mempunyai sejumlah 25 rangkaian jualan dan perkhidmatan selepas jualan di Indonesia, dan para pelanggan boleh datang dan melihat sendiri Proton Iriz di kesemua bilik pameran bermula 20 Februari.

Sejak diperkenalkan, Proton Iriz telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan daripada industri automotif di Malaysia. Antaranya, penarafan lima bintang daripada ASEAN New Car Assessment Programme.

Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi mana-mana pengedar di setiap bilik pameran di seluruh Indonesia atau melayari laman web PEI di www.proton-edar.co.id.

TERKINI: “Emak tak suka tetapi hendak pergi juga,” kata keluarga tragedi basikal dirempuh kereta

KLIK: Video 8 remaja berbasikal maut dirempuh kereta

KLIK BACA: Siti Aisyah suspek kes bunuh Jong Nam fikir hanya ‘Prank’ rancangan TV

KLIK VIDEO: BIODATA Siti Aisyah suspek wanita Indonesia kes bunuh Kim Jong Nam

DIKEMASKINI: Mahfuz: Saya tak akan keluar PAS, Hadi ulama besar bolehlah cakap soal maruah

Tolong Komen & Share