OSAKA, Februari 2017 – AirAsia X terus di hadapan dengan pelancaran laluan ke Hawaii hari ini, perkhidmatan sulung syarikat penerbangan itu ke Amerika Syarikat.

Peneraju syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh tersebut akan memulakan operasi empat kali seminggu dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, Jepun bermula pada 28 Jun 2017.

Bagi meraikan pelancaran destinasi terbaru tersebut, AirAsia X akan menawarkan tambang serendah RM499* dari 11 Februari hingga 26 Februari 2017 bagi perjalanan dari 28 Jun 2017 hingga 6 Februari 2018. Tempat duduk Premium Flatbed yang memenangi pelbagai anugerah juga turut ditawarkan bermula dari serendah RM2,999* bagi sepanjang tempoh promosi tersebut bagi tetamu yang inginkan perjalanan yang lebih selesa.

Dapatkan tawaran istimewa ini di airasia.com.  Tawaran tidak tersedia pada applikasi mudah alih AirAsia.

Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X berkata, “Ini adalah suatu perubahan destinasi yang kami nantikan. Dengan menghubungkan rantau Asean dan Asia Utara ke Amerika Syarikat dengan tawaran tambang rendah terbaik dunia, kami kini mampu merealisasikan impian mereka yang sebelum ini ingin melancong merentas Pasifik.”

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan dan juga pihak kerajaan atas sokongan mereka. Keyakinan mereka telah membolehkan kami melancarkan destinasi terbaru yang unik ini hari ini. Kami akan terus bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan kami dapat menghubungkan lebih ramai tetamu menerusi laluan antara benua ini.’’

Turut hadir pada majlis pelancaran pada hari ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad Benyamin Ismail, Wakil Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kansai Airports Emmanuel Menanteau, Naib Presiden Pelancongan Hawaii di Jepun Mitsue Varley dan penyandang Miss Hawaii, Allison Chu.

Penumpang ke Honolulu yang akan transit di Osaka tidak memerlukan visa bagi memasuki jepun untuk sepanjang dua jam persinggahan dan boleh kembali ke tempat duduk masing-masing di dalam pesawat setelah pihak sekuriti menjalankan pemeriksaan bagasi atau barangan.

Penumpang juga boleh menggunakan servis AirAsia Fly-Thru untuk berhubung dengan mudah ke Honolulu dari bandar lain dalam rangkaian penerbangan luas AirAsia dan AiraAsia X dengan hanya satu hentian tambahan.

Penumpang yang mahukan lebih fleksibiliti dalam merancang perjalanan juga boleh memilih pilihan (Multi-City), dimana ianya membolehkan mereka meluangkan beberapa hari di Osaka (Visa Jepun diperlukan) sebelum perjalanan diteruskan ke Honolulu.

Hawaii, yang digelar sebagai syurga Pasifik, dibentuk daripada lapan pulau yang terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik. Terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan dan budaya asli yang unik, syurga tropika adalah satu-satunya negeri AS yang terletak di Oceania.

Honolulu, merupakan ibu kota yang berada di pulau yang berpopulasi tertinggi iaitu pulau O’áhu di mana pantai Wakiki terletak, pantai indah ini dahulu merupakan kawasan percutian buat raja dan permaisuri Hawaii.

Tolong Komen & Share