SEPANG, 16 FEBRUARI 2017 – AirAsia telah mengumumkan laluan penerbangan terus dari Johor Bahru ke Tawau yang akan beroperasi empat kali seminggu bermula dari 28 April 2017.

Tempahan tempat duduk untuk penerbangan terus dari Johor Bahru ke Tawau kini boleh ditempah secara online di airasia.com bagi promosi tambang termasuk semua dari serendah RM99* sehala.

Rebut tempat duduk promosi ini bermula dari hari ini sehingga 19 Februari 2017, dan tempoh perjalanan untuk promosi ini adalah dari 28 April 2017 sehingga 6 Februari 2018.

Tambang promosi ini juga boleh didapati melalui aplikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan Android.

Ketua Komersial AirAsia Berhad, Spencer Lee berkata, “Kami berasa bangga menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan laluan terus ini, menghubungkan kedua bandar-bandar ini dari Semenanjung Malaysia dengan Sabah.

Matlamat kami adalah untuk memperkukuhkan lagi rangkaian luas kami, dan pengumuman laluan baru ini menunjukkan komitmen kami terhadap matlamat kami.”

Dikenali sebagai pintu masuk ke pulau-pulau yang indah – Semporna, Tawau antara tempat yang mesti dikunjungi bukan sahaja untuk penggemar aktiviti selam air tetapi juga untuk pengemar aktiviti riadah lain.

Antara pulau-pulau yang terkenal ialah Pulau Sipadan, dimana ia diiktiraf sebagai salah satu tempat menyelam terbaik dunia.

Pulau Mabul dan Pom Pom sesuai bagi keluarga dan pelancong muda, manakala pulau-pulau seperti Kapalai dan Mataking sesuai bagi pasangan berbulan madu.

Disekitar kawasan bandar Tawau para pelancong juga boleh melawat Muzium Teck Guan Cocoa, melakukan aktiviti riadah di Tawau Hills Park atau menikmati hidangan yang wajib dirasai iaitu Nasi Kuning di Tawau.

Tolong Komen & Share