Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik Pengerusi Pasukan Petugas Khas siasatan Forex era Dr Mahathir – Foto NST

Kabinet hari ini melantik bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini, berkata terma rujukan Pasukan Petugas Khas itu adalah untuk menjalankan siasatan awal berkaitan kerugian BNM dalam aktiviti spekulasi bagi urus niaga mata wang asing.

Selain itu, ia juga bagi menyiasat sejauh mana terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat kerugian tersebut dan mengkaji kalau ada perbuatan memberi kenyataan mengelirukan mengenainya pada mesyuarat Parlimen.

Mohd Sidek berkhidmat dengan perkhidmatan awam selama 38 tahun termasuk enam tahun sebagai KSN.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi) dalam Pentadbiran Awam daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada New Hampshire College, Amerika Syarikat.

Kabinet minggu lalu memutuskan untuk membentuk satu pasukan petugas khas untuk menyiasat apa yang didakwa sebagai “kerugian sebenar” Bank Negara pada masa itu dan mereka yang bertanggungjawab.

Pengkritik bagaimanapun mendakwa bahawa pasukan petugas itu bertujuan untuk mencemarkan imej Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri ketika itu tetapi kini bersama pembangkang. – Malaysiakini | MRM

Nota Ana Ghoib: Satu hendak ku tanya duit forex yang rugi di pasaran dunia itu masuk akaun peribadi siapa?

TERKINI: ‘Najib perlu letak jawatan jika bukan penjawat awam’ – Faiz Fadzil

MESTI BACA: Senarai 29 kesalahan Lim Kit Siang tersebar

KLIK BACAPAS: Husam ‘Kaki Auta’, Penakut Berdebat Isu Baiah

KLIK BACA: Najib masih ada otak yang kuat dan hebat, kata Ketua UMNO Kepong

KLIK BACA: Jual Proton kepada syarikat asing, Najib apa kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

KLIK BACA: Zam hairan banyak kejadian buruk berlaku di bawah Najib

Tolong Komen & Share