Pelakon Hollywood, Lindsay Lohan mendakwa dia telah ditahan kerana memakai tudung di Lapangan Terbang Heathrow di London.

Pelakon itu memberitahu demikian dalam satu rancangan bual bicara bahawa dia ditahan semasa dalam perjalanan ke New York.

Lohan berkata, seorang kakitangan lapangan terbang membuka pasportnya dan melihat nama ‘Lindsay Lohan’ sebelum segera meminta maaf.

Tetapi kakitangan itu kemudian meminta Lohan menanggalkan tudung yang dipakainya, lapor nbcnews.com.

Lohan memberitahu rancangan ‘Good Morning Britain’ pada Selasa bahawa kejadian itu sama seperti dialami wanita lain yang merasa tidak selesa selepas diminta menanggalkan tudung.

Kejadian itu dialami ketika dia baru sahaja kembali dari Turki, selepas melawat kem-kem pelarian Syria dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Sebelum ini, tercetus spekulasi Lohan akan menukar agamanya kepada Islam, selepas gambarnya berjalan sambil membawa al-Quran menjadi tular.

Lohan juga dilapor berkata dia merasa tenang selepas mempelajari kitab suci itu, selain menyifatkan Islam sebagai agama yang indah dan tidak menolak kemungkinan menganutinya dengan berkata ‘Segalanya mungkin’.

Lohan juga sebelum ini dilapor bimbang untuk kembali ke Amerika Syarikat kerana iklim politik semasa di sana.

Ini berikutan perintah eksekutif yang dikeluarkan presiden baru Amerika, Donald Trump yang melarang rakyat daripada tujuh negara majoriti Islam memasuki republik itu.

Bagaimanapun, menurut peraturan-peraturan perjalanan Britain, Lohan mempunyai hak untuk menolak membuka hijabnya.

“Jika anda memakai penutup kepala atas sebab-sebab agama atau budaya, anda boleh meminta supaya pengimbas tangan digunakan supaya anda tidak perlu untuk membukanya,” menurut peraturan negara itu.

TERKINI: Guan Eng hampir tercampak keluar dari kereta…

TERKINI: ‘Najib perlu letak jawatan jika bukan penjawat awam’ – Faiz Fadzil

MESTI BACA: Senarai 29 kesalahan Lim Kit Siang tersebar

KLIK BACAPAS: Husam ‘Kaki Auta’, Penakut Berdebat Isu Baiah

KLIK BACA: Najib masih ada otak yang kuat dan hebat, kata Ketua UMNO Kepong

KLIK BACA: Jual Proton kepada syarikat asing, Najib apa kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

Tolong Komen & Share