Malaysia mempunyai dasar luar yang tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara lain termasuk kes mahkamah membabitkan seorang rakyat Malaysia dihukum mati atas kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk K Ilango menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman negara lain.

“Kami sedar ada usaha untuk mengenakan tekanan bagi membawa sebuah kes mahkamah melibatkan rakyat Malaysia di sini ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya di Singapura, semalam.

Sebelum ini, tiga badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa Singapura menangguhkan hukuman mati terhadap S Prabagaran, 29, kerana didakwa tidak diberikan perbicaraan adil.

Justeru, Prabagaran memfaikan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Jan lepas supaya mengarahkan Menteri Luar dan kerajaan Malaysia memulakan prosiding terhadap Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Prabagaran dan ibunya, V Eswary selaku pihak pemohon menamakan Menteri Luar dan kerajaan sebagai responden pertama dan kedua selain memohon perintah mandamus turut memohon perisytiharan iaitu pihak responden diwajibkan untuk memelihara dan menguatkuasakan hak pemohon pertama untuk dibicarakan secara adil.

Pada 22 Julai 2014, Prabagaran, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana mengedar 22.24 gram diamorphine dan dia dihukum mati pada 22 Sept tahun sama selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

Dadah tersebut ditemui oleh Biro Narkotik Pusat Singapura dalam keretanya di pusat pemeriksaan imigresen.

Ditanya bilangan banduan Malaysia yang menunggu hukuman mati di Singapura, Ilango enggan mendedahkan jumlah tersebut.

Kes terbaru, Mahkamah Agung Singapura semalam menolak rayuan terhadap hukuman mati yang dikenakan ke atas pekerja buruh dari Sarawak, Michael Garing, kerana menyebabkan kematian seorang warga India, D Shanmuganathan, 41, dalam siri jenayah kejam di Kallang di Singapura pada 2010.

Michael merupakan antara empat lelaki rakyat Sarawak yang didapati terbabit melakukan empat samun jenayah.

Suspek keempat, Donny Meluda, yang ditangkap di Malaysia bulan lepas, telah dihadapkan ke mahkamah di Singapura atas tuduhan membunuh.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati. – Bernama

DIKEMASKINIMP sindir Najib berlagak dengan ‘kawan kaya’

KLIK BACA: Raja Salman lenyapkan isu derma Najib, dakwa Prof Hanafiah Harun

KLIK BACA: Setiausaha Najib ibaratkan Dr Mahathir ‘harimau tua’ nyanyuk

KLIK BACA: Azmin puji Tun Mahathir berani berdepan pengkritik

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana…. – Subky Latif

Tolong Komen & Share