Shahrul Izani dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 atas kesalahan mengedar 622g kanabis mendapat pengampunan Sultan Selangor – Foto FMT

SHAH ALAM: Hanya tangisan syukur dan ucapan terima kasih mampu dikatakan seorang ibu apabila dimaklumkan anak lelakinya terlepas hukuman gantung selepas mendapat pengampunan diraja.

Sapenah Nawawi, 58, berkata, beliau dimaklumkan oleh pegawai penjara agar hadir ke penjara Sungai Buloh pada Isnin lalu.

Menurutnya, tidak dapat dibayangkan perasaan takut ketika itu kerana khuatir akan diberitahu tarikh hukuman gantung tetapi sebaliknya apabila diberitahu anaknya mendapat pengampunan diraja oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Shahrul Izani Suparman, 33, dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 atas kesalahan mengedar 622g kanabis mendapat pengampunan diraja.

“Saya seronok, gembira dan rasa percaya tak percaya beliau dibebaskan daripada hukuman gantung.

“Sesungguhnya berkat doa seorang ibu, kawan dan semua, beliau terlepas hukuman gantung,” kata Sapenah.

Shahrul, ditahan pada 2003 yang ketika itu berusia 19 tahun dalam satu sekatan jalan ketika menunggang motosikal kawannya dan polis mendapati dia membawa 622g kanabis.

Sepanjang perbicaraan, Shahrul bertegas tidak tahu-menahu kewujudan kanabis yang dibalut dengan surat khabar dan disembunyikan dalam motosikal tersebut.

Pada masa sama, Sapenah memberitahu, pihaknya juga akan membuat rayuan semula bagi mengurangkan tempoh hukuman.

“Shahrul dah dipenjarakan 13 tahun (2003 hingga 2017). Bayangkan, setiap waktu, setiap detik menanti hukuman sebab tarikh hukuman gantung tidak diberitahu. (Biasanya) setiap hari Jumaat hukuman gantung,” katanya sebak.

Sapenah berkata, beliau setiap hari berdoa anaknya dibebaskan dan terdapat hikmah di sebalik hukuman itu.

“Bagi mengelakkannya tertekan, kami anak-beranak sentiasa memberi sokongan dan setiap minggu melawat,” katanya

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Amnesty Malaysia Shamini Darshni berkata pihaknya bersama badan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Majlis Peguam menggesa satu moratorium dilaksanakan segera.

“Beberapa kali sejak 2010 dibincangkan kebarangkalian memansuhkan hukuman gantung, tetapi sehingga kini tidak ada. Dua peguam negara dan 3 menteri undang-undang sudah berubah,” katanya.

DIKEMASKINI: Profesor mana kata lawatan Raja Salman lenyapkan isu RM2.6 bilion?

DIKEMASKININajib tergamak perli kita riuh harga minyak naik 20sen, kata Raja Bahrin’

KLIK BACA: Setiausaha Najib ibaratkan Dr Mahathir ‘harimau tua’ nyanyuk

KLIK BACA: Azmin puji Tun Mahathir berani berdepan pengkritik

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana…. – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

KLIK BACASalleh tersilap nasihat Tun Mahathir dengar teguran pedas Sultan Johor

Tolong Komen & Share