Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis mencadangkan bahawa adalah lebih baik Malaysia kekal sebagai tanah jajahan Eropah.

Beliau berkata demikian dalam blognya hari ini yang mempertahankan syarikat kereta nasional Proton Holdings yang sedang dijual oleh pemiliknya DRB-Hicom kepada rakan kongsi asing.

“Terus terang, Malaysia akan menjadi negara lebih baik jika kita kekal sebagai tanah jajahan Eropah atau negara maju lain.

“Mereka jelas tahu lebih baik daripada kami mengenai tadbir urus dan pembangunan negara.

“Dan mereka akan menghasilkan kereta lebih baik, menjadikan kita berbangga dengan teknologi kita,” kata Mahathir yang adalah perdana menteri yang merintis pembuatan kereta tempatan melalui penubuhan Proton pada tahun 1983.

Kenyataan Mahathir itu dibuat ketika pengeluar kereta Perancis PSA Group mengesahkan bahawa ia telah mengemukakan tawaran untuk membeli kepentingan dalam Proton.

Syarikat Geely yang berpangkalan di China juga dilaporkan membuat tawaran untuk membeli kepentingan majoriti dalam Proton tetapi masih belum mengesahkannya secara umum.

Pada sekitar 1980-an, Proton mengawal sebahagian besar daripada kereta baru di negara ini. Ia mencatatkan penguasaan 73 peratus daripada semua kereta baru yang dijual di negara ini pada tahun 1988.

Mahathir menegaskan bahawa mutu kereta Proton telah meningkat dengan ketara.

“Mereka yang membidas kereta Proton kerana ia tidak mempunyai standard yang sama seperti kereta asing. Saya cadangkan mereka memandu uji Saga baru dan Persona.

“Saya dapati banyak perbezaan antara yang Proton lama dan Proton baru.

Mahathir berkata, beliau memiliki beberapa kereta Proton lama dan baru dan telah memandu kedua-duanya.

“Saya ucapan tahniah harus diberikan kepada pengurusan, jurutera dan pekerja di Proton atas penambahbaikan yang dibuat.

“Saya rasa Proton telah pelajari sesuatu tentang membuat kereta,” katanya.

Proton melancarkan Saga baru dan Persona tahun lalu dan model kereta berkenaan mendapat pujian dan ulasan yang membanggakan.

Bagaimanapun, model Perdana dan Ertiga, yang juga dilancarkan pada tahun lalu berdasarkan model Honda dan Suzuki lama, kurang popular dan tidak mendapat sambutan. – Malaysiakini | MRM

KLIK BACA: Najib masih tak faham kenapa Proton tidak boleh dijual?

DIKEMASKINI: Profesor mana kata lawatan Raja Salman lenyapkan isu RM2.6 bilion?

DIKEMASKININajib tergamak perli kita riuh harga minyak naik 20sen, kata Raja Bahrin’

KLIK BACA: Setiausaha Najib ibaratkan Dr Mahathir ‘harimau tua’ nyanyuk

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana…. – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACASalleh tersilap nasihat Tun Mahathir dengar teguran pedas Sultan Johor

Tolong Komen & Share