Warga Felda diminta terus yakin dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan usaha merampas semula enam kerusi Parlimen dimenangi pembangkang yang mempunyai penempatan Felda dalam pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain sokongan itu, BN juga perlu mengatur strategi yang lebih sistematik supaya dapat memenangi semula kerusi Parlimen berkenaan.

“Kita memerlukan sokongan semua. Kita rampas kembali enam kawasan yang terlepas ke tangan orang lain. Kita ada 54 (Parlimen mempunyai penempatan Felda), kita kecundang enam,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-7 Majlis Belia Felda Malaysia di ibunegara semalam.

Mengenai Felda sebagai sebuah agensi yang menjadi aset negara, beliau berkata Felda juga tidak terlepas daripada ditohmah pihak tertentu.

“Sebagai sebuah organisasi, tentu ada kekangan yang dihadapi kerana kita bukan maksum. Dalam keadaan itu, dengan adanya Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi Felda, saya amat yakin beliau akan dapat melakukan transformasi terbaik untuk Felda,” katanya. – Bernama

DIKEMASKININajib tak sebut nama tapi apa salah Shafie jadi KM Sabah, kata Zainuddin

KLIK BACA: Apa kata Ezam mengenai ‘ketelusan’ Pemuda Umno Jho Low 1MDB?

KLIK BACA: Dr Mahathir akui U Turn, hanya pemandu bodoh pandu terus dalam bahaya

KLIK BACA: Najib masih tak faham kenapa Proton tidak boleh dijual?

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

Tolong Komen & Share