Tun Mahathir Mohamad melakukan tindakan “dua dalam satu” iaitu menyahut cabaran Nazri Aziz untuk berlawan dalam PRU 14 dalam masa yang sama mencabarnya bertanding di Langkawi namun ditolak oleh Nazri walhal dia yang mula mencabar. – Foto FMT

HAHAHA…NAZRI SAH PENAKUT!!

oleh Shahbudin Husin

Nazri Aziz akhirnya secara rasmi menolak cabaran Tun Mahathir Mohamad untuk berentap di Langkawi dan mengatakan beliau hanya sedia bertempur dengan bekas Perdana Menteri itu kawasannya, Padang Rengas saja.

Kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, sistem pengagihan kerusi yang diamalkan oleh UMNO tidak membenarkannya berpindah dari Padang Rengas ke Langkawi.

Sehubungan itu, kata Nazri lagi, sesiapa yang ingin mengalahkannya dalam pilihanraya ialah dengan bertanding di Padang Rengas yang sedang diwakilinya.

Tun Mahathir seharusnya lebih tahu mengenai sistem dalam UMNO, beliau pernah menjadi Presiden UMNO selama bertahun-tahun. Saya tidak perlu mengajarnya mengenai perkara itu, tambah Nazri lagi.

Akhirnya terbuktilah siapa anak jantan dan siapa tidak.

Apakah tidak boleh Nazri menyahut terlebih dahulu cabaran Tun Mahathir itu sambil mengatakan akan cuba memujuk Najib Razak untuk membenarkannya bertanding di Langkawi?

Tidak bolehkah beliau berkata sedia menyahut cabaran Tun Mahathir itu jika UMNO memberi kebenaran kepadanya berpindah ke Langkawi?

Amatlah wajar Nazri yang berkawan dengan Najib sejak zaman muda lagi dapat meyakinkan Perdana Menteri untuk memberi kebenaran atau izin khas kepadanya bertanding di Langkawi untuk berdepan dengan Tun Mahathir.

Di Padang Rengas, Nazri cuma menang 2,300 undi tetapi dengan berpindah ke Langkawi, majoriti di atas kertas yang menunggunya ialah 9,546 undi.

Takkan tak jantan dan Nazri masih mahu memberi pelbagai lagi untuk mengelak daripada berlawan dengan Tun Mahathir yang sudah berusia 92 tahun?

Mengapa awal-awal lagi sudah menolak cabaran Tun Mahathir dengan berselindung di sebalik sistem yang menjadi amalan dalam UMNO?

Apakah sistem dalam UMNO sesuatu yang tidak boleh diubah langsung seperti Al-Quran? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Tulisan Tun Mahathir ucap syabas betapa berani Nazri mencabar, tapi…

KLIK BACA: Tiada seorang pun PM sejujur Tunku Abdul Rahman – ZAM

DIKEMASKININajib-Jho Low perkongsian ‘ali baba’ bagaimana pula, soal DAP

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Penerangan penting Kadir Jasin berkenaan polisi Najib yang ditentang Mahathir

KLIK BACA: Peguam Dr Mahathir puji IGP pantas kes Jong-nam tapi bukan 1MDB

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: “Aku akan pergi tidak lama lagi, dapatkah aku pejam mata hembus nafas terakhir” – Tun Mahathir

Tolong Komen & Share