Ketua Pembangkang Johor, Gan Peck Cheng membuat laporan polis terhadap menteri besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung angka bercanggah mengenai lot tanah Bumiputera yang telah ditukar status.

Dalam laporan polisnya, Gan yang juga ADUN Penggaram, berkata Khaled baru-baru ini memberitahu 3,000 unit rumah yang kebanyakannya rumah mewah kuota Bumiputera di Johor telah ditukar status sejak 2013.

Khaled dilapor berkata kerajaan negeri berjaya memperoleh RM600 juta daripada pemaju dan wang berkenaan dimasukkan ke Tabung Hartanah Bumiputera bagi digunakan untuk membina lebih 6,000 unit rumah mampu milik Johor (RMMJ).

Bagaimanapun Gan mendakwa angka ini bercanggah dengan apa yang diberitahu Mohamed Khaled dalam Dewan Undangan Negeri Johor pada bulan April 2016.

Pada masa itu, Mohamed Khaled berkata 4,503 daripada 16,914 hartanah yang dibina antara 2013 hingga 2016 untuk dijual kepada Bumiputera, telah ditukar status.

Justeru Gan mahu polis menyiasat menteri besar berhubung angka bercanggah yang dikeluarkannya kerana menimbulkan kebimbangan mengenai penyalahgunaan dana dalam Tabung Hartanah Bumiputera, yang akan memberi kesan negatif terhadap rakyat Johor.

Gan berkata, walaupun Mohamed Khaled mungkin memberitahu Dewan Undangan Negeri yang ia melibatkan jenis hartanah lain, namun masih terdapat kebimbangan berhubung dana itu.

Penukaran hak milik tanah kepada status bukan Bumiputera di Johor mencuri tumpuan berikutan beberapa siri tangkapan melibatkan anak lelaki dan pegawai khas Exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi. – Malaysiakini

KLIK BACA: Tulisan Tun Mahathir ucap syabas betapa berani Nazri mencabar, tapi…

KLIK BACA: Tiada seorang pun PM sejujur Tunku Abdul Rahman – ZAM

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Penerangan penting Kadir Jasin berkenaan polisi Najib yang ditentang Mahathir

KLIK BACA: Peguam Dr Mahathir puji IGP pantas kes Jong-nam tapi bukan 1MDB

KLIK BACA: “Aku akan pergi tidak lama lagi, dapatkah aku pejam mata hembus nafas terakhir” – Tun Mahathir

Tolong Komen & Share