Sebuah syarikat produk kecantikan mengumumkan akan menghadiahkan penyanyi sedang meningkat naik Aiman Tino sebuah kereta mewah bernilai hampir RM1 juta.

Aiman adalah rakan strategik perniagaan syarikat itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wonder Glow Cosmetic Sdn Bhd Datuk Ryzal Jamaludin, kereta Audi R8 itu bakal menjadi milik Aiman pada pertengahan bulan ini.

“Majlis penyerahan kereta akan diadakan pada 23 Mac ini di Mydin Senawang, Negeri Sembilan bersama peminat,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk Aiman Sweet di Kuala Lumpur hari ini.

Kenderaan itu diberi kepada Aiman untuk menyenangkan penyanyi itu mempromosikan produk dan menjalankan kerjayanya berkaitan seni.

Oleh kerana Aiman atau nama penuhnya Mohd Aiman Yusri, 17, belum memiliki lesen memandu, seorang pemandu akan turut disediakan bagi memudahkan rutin harian penyanyi Ku Rela Dibenci itu.

Sementara itu, Aiman berkata, pemberian itu diharap memudahkannya mempelajari selok belok bidang perniagaan.

“Saya memang minat berniaga dan sudah terbiasa membantu keluarga di restoran di Kuala Kubu Bharu, Selangor sebelum ini.

“Justeru, dengan menjalin kerjasama ini diharap saya dapat belajar menjadi usahawan muda berjaya,” katanya. – Malaysiakini

KLIK BACA: Panas pelaburan China – Bekas Brig Jen bantah himpunan Veteran Tentera jika ada unsur politik

KLIK BACA: Kenapa PM sendiri tak datang parlimen sahkan derma Arab, soal Tony Pua

KLIK BACA: 5 Soalan yang Jho Low mesti jawab – Kit Siang

KLIK BACA: “Saya yakin Nazri boleh beli kereta mewah, bangga perkecil kebolehan bangsa sendiri”, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Tiada seorang pun PM sejujur Tunku Abdul Rahman – ZAM

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Kalaulah laporan Audit bukan rahsia maka Rafizi tidak berisiko ke penjara….. – Mahfuz

Tolong Komen & Share