oleh Shahbudin Husin

Belum pun habis rasa terkejut orangramai mengenai tangkapan anak lelaki dan pegawai khas seorang Exco Johor daripada UMNO bersama beberapa yang lain untuk penyiasatan berkaitan penyelewengan premium tanah dan penukaran status rumah-rumah kediaman untuk Bumiputera kepada bukan Bumiputera, kini seorang lagi pemimpin UMNO direman berkaitan penipuan tawaran rumah mampu milik.

Kali ini seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian bersama teman wanitanya direman selama tiga hari mulai semalam kerana dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran memiliki Rumah Mampu Milik Johor atau RMMJ.

Dilaporkan empat mangsa telah membuat aduan ditipu dengan nilai kerugian berjumlah RM120,000 sejak tahun lalu.

Siapakah Ketua Pemuda UMNO bahagian berkenaan?

Walaupun tidak disebut namanya, tetapi sudah menjadi perbualan di dalam UMNO bahawa beliau adalah pemimpin pemuda di sebuah bahagian yang mana Ketua Bahagiannya didakwa adalah sekutu paling rapat dengan Menteri Besar Johor.

Dalam konteks Johor di mana UMNO dan BN hanya kekurangan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri saja lagi berbanding pembangkang, tangkapan demi tangkapan ini secara tidak langsung bukan saja memperlihatkan betapa “kotornya” imej pemimpin-pemimpin UMNO, malah pasti akan memberi kesan kepada kepimpinan kerajaan negeri untuk mempertahankan kuasanya.

Rasuah, penyelewengan, penipuan dan bertindak curang demi mendapatkan wang seolah-olah sudah menjadi mainan harian bagi mereka.

Jika sebelum ini SPRM ada menyebut bahawa 54 peratus kakitangan kerajaan terpalit dengan rasuah, berapa peratuskah pula melibatkan orang politik dan anggota pentadbiran kerajaan?

Adakah ia lebih parah atau rasuah di kalangan anggota pentadbiran dan kakitangan awam sama saja sedang membarah?

Bagi rakyat Johor, sudah tentu mereka memerhati dengan teliti semua perkembanhan ini dan menjadikannya sebagai pedoman dalam membuat pilihan di peti-peti undi.

Selain Johor sendiri berdepan pelbagai masalah tersendiri kesan pemecatan Muhyiddin Yassin di mana ramai ahli UMNO menyertai Bersatu, apa yang berlaku kebelakangan pastinya merupakan bonus tambahan kepada mudahnya lagi UMNO dan BN dapat ditumbangkan di negeri itu.

Berbanding negeri-negeri lain yang masih dikuasai BN, Johor sehingga ini nampaknya paling mudah akan bertukar teraju pemerintahan selepas PRU 14 akan datang kerana isu-isu yang menyakitkan hati rakyat sentiasa saja ada dan silih berganti menjadi perbualan.

*Shahbudin Husin adalah penganalisis dan penulis buku politik. Tulisan ini kali pertama dinaikkan di blognya dan ia adalah pandangan penulis yang tidak semestinya mewakili pendirian rasmi Malaysian Review. – Foto FMT

KLIK BACA: Tun Mahathir bangga SPRM berjaya tangkap pegawai tinggi kerajaan?

KLIK BACA: Panas pelaburan China – Bekas Brig Jen bantah himpunan Veteran Tentera jika ada unsur politik

KLIK BACA: Kenapa PM sendiri tak datang parlimen sahkan derma Arab, soal Tony Pua

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: “Saya yakin Nazri boleh beli kereta mewah, bangga perkecil kebolehan bangsa sendiri”, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Penerangan penting Kadir Jasin berkenaan polisi Najib yang ditentang Mahathir

KLIK BACA: “Aku akan pergi tidak lama lagi, dapatkah aku pejam mata hembus nafas terakhir” – Tun Mahathir

Tolong Komen & Share