Siapa yang sering mengganggu kehidupan aktres Fasha Sandha dengan menghujani ribuan panggilan telefon untuk menceroboh privasinya?

Tanpa menyebut sebarang nama, Fasha nekad untuk mendedahkan individu terbabit sekiranya terus mengganggu kehidupan peribadinya.

“Please Get well soon, to u and family. Akan ku buka satu demi satu. Biar semua orang tau…kisah sebenar. Demi membela diri. Silakan lah berikan ni kepada pihak mereka. Agar mereka sedar siapa yang gila,” tulisnya di laman Instagram.

Meskipun tidak mendedahkan individu berkenaan, Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, memberi bayangan gangguan itu mempunyai kaitan dengan krisis perceraian dialaminya sebelum ini.

Fasha juga mendakwa memiliki bahan bukti bahawa dia sering diganggu individu terbabit.

“Selepas tidak bersama; Kalau nak dihitung, dah dekat beribu missed calls di masa-masa yang weird; beribu messages, beribu voice notes yang telah saya rakam, saya akan gunakan demi membela diri saya, demi maruah saya.

“Belajar menghormati privasi saya,” katanya.

Bagi pelakon Lara Aishah itu, dia bukan sengaja mahu berkongsi masalah peribadinya di media sosial, tetapi melakukan perkara itu demi kebaikan keluarganya.

“Saya tak suka nak kongsi cerita di media sosial, tapi mungkin malam ni, saya buat untuk kebaikan saya dan keluarga saya. .

“Dulu orang mengherdik saya, mencaci hina saya, tanpa usul periksa. Saya tidak boleh membuka mulut untuk membela diri saya dan keluarga. Orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya,” katanya.

‘Bukan saya tergilakan dia’

Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai, 40, pada 27 April 2012.

Namun, rumah tangga dibina hanya bertahan selama empat tahun selepas mereka berpisah secara rasmi pada Januari 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 3 dan Putri Raysha Jemyma, 2.

Rizal pula sebelum itu pernah berkahwin dengan pelakon Nora Danish pada Jun 2006 tetapi bercerai dua tahun kemudian. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 9.

Dalam berkongsi episod pilu dialami kepada peminat, Fasha turut berharap pihak yang pernah menuduhnya sebagai ‘perempuan gila’ mulai sedar bahawa dirinya bukan seperti yang diperkatakan.

“Berapa kali saya melarikan diri dan menjauhkan diri daripada dia agar saya tidak bersama dengan dia. Saya tahu betapa bencinya keluarga dia kepada saya. Ditambah pula dengan ‘hasutan’ orang yang lama.

“Apapun, takdir Allah kami bersama. Masa telah berlalu ia tidak berkekalan di atas ‘sebab-sebab tertentu’

“Saya yakin, anda boleh fikir sendiri apakah sebabnya. Saya cuma berharap ada yang dapat memberikan kesedaran kepada mereka bahawa bukan saya, bukan saya yang tergila-gila, bukan saya, tetapi dia. Semuanya berbukti,” kata Fasha. – Malaysiakini

KLIK BACA: Tun Mahathir bangga SPRM berjaya tangkap pegawai tinggi kerajaan?

KLIK BACA: Panas pelaburan China – Bekas Brig Jen bantah himpunan Veteran Tentera jika ada unsur politik

KLIK BACA: Kenapa PM sendiri tak datang parlimen sahkan derma Arab, soal Tony Pua

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

Tolong Komen & Share