Lima artis Malaysia memburu tempat dalam Guiness Book of World Records dengan melukis mural tertinggi di dunia pada keseluruhan sisi menara Komtar, ikon Pulau Pinang.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata Projek Mural Tertinggi Dunia itu yang ditaja oleh Only World Group (OWG) akan mengetengahkan lagi Pulau Pinang di peringkat dunia.

“Menjadikan Komtar sebagai kanvas karya bersejarah ini memang tepat, bukan hanya kerana ia bangunan tertinggi di negeri ini tetapi juga kerana George Town dikenali dunia menerusi kebudayaan serta keseniannya dan mural ini akan menyumbang kepada pemandangan bandar raya,” katanya kepada pemberita pada pelancaran projek di George Town hari ini.

Lim berkata mural yang dianggar berukuran 230 meter tinggi dan 13.1 meter lebar apabila siap kelak itu dijangka melibatkan kos RM300,000.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif OWG Datuk Seri Richard Koh berkata mereka berharap projek tersebut akan diiktiraf Guiness Book of World Records memandangkan rekod semasa mural tertinggi hanya berukuran 70 meter tinggi.

“Projek ini juga seiring dengan usaha kami sekarang untuk memberi nafas baharu kepada mercu tanda negeri ini yang bermula dengan pelancaran The [email protected] akhir tahun lepas,” katanya.

Koh berkata projek mural itu akan bermula bulan ini dan dijangka siap pada Oktober melibatkan artis Bibichun, The Sliz, Kangblabla, Sattama dan IMMJN. – Bernama

KLIK VIDEO: Tak perlu jadikan Korea Utara musuh – Tun Mahathir

KLIK BACA: Tun Mahathir bangga SPRM berjaya tangkap pegawai tinggi kerajaan?

KLIK BACA: Panas pelaburan China – Bekas Brig Jen bantah himpunan Veteran Tentera jika ada unsur politik

KLIK BACA: Kenapa PM sendiri tak datang parlimen sahkan derma Arab, soal Tony Pua

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Kalaulah laporan Audit bukan rahsia maka Rafizi tidak berisiko ke penjara….. – Mahfuz

KLIK BACA: Penerangan penting Kadir Jasin berkenaan polisi Najib yang ditentang Mahathir

KLIK BACA: Peguam Dr Mahathir puji IGP pantas kes Jong-nam tapi bukan 1MDB

Tolong Komen & Share