LIVE STREAMING debat Nazri Aziz vs Tun Mahathir belum berlaku dan belum ada siaran langsung mungkin Selasa depan kami akan memaparkan video dari KiniTV untuk disiarkan di sini.

Diharap ia tidak berkesudahan seperti debat Rafizi vs Khairy atau debat harga minyak antara Anwar Ibrahim vs Shabery Cheek yang diadakan beberapa tahun sebelum ini yang mana kedua pihak Umno tewas dengan bunyi loceng atau boleh jadi juga ketawa.

Teruskan bergusti lidah saudara muslim ku  tapi ingat [perbalahan itu juga sebahagian azab Allah] oleh itu yang penting cari kebenaran dan tegakkan beserta keadilan sebagaimana SPRM melakukan sekarang dan moga Ketua Pengarahnya boleh membuat kesimpulan hasil dari debat kalian dan mendapat kekuatan untuk melakukan sesuatu yang ajaib dengan izin tuhanNya.

Ikutlah resmi Anwar Ibrahim yang memang berani menghadapi pengadilan meski ada juga cuaknya kerana sebab tertentu tetapi dia berani [khalas] dan sudah melepasi penghakiman itu dan dibersihkan.

Berbanding kawan-kawan sekeliling kalian yang mengelat malah memangsai orang lain pula tanpa segan silu sedang fikirnya pengadilan akhirat itu mudah tetapi bayangkan jika ada jutaan hamba rakyat yang menuntut ke atas kamu walhal sehari di akhirat itu seribu tahun di dunia.

Ikuti laporan Malaysiakini di bawah:

Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan kesanggupannnya berdebat dengan Tun Dr Mahathir mengenai 1MDB

Menteri pelancongan dan kebudayaan bersedia berbalas hujah dengan bekas bosnya mengenai isu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang berlaku beberapa dekad lalu, serta dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada portal Malaysiakini, Nazri berkata, beliau sedia berdebat dengan Dr Mahathir sebaik saja pulang dari luar negara.

Ketika ini anggota parlimen Padang Rengas itu mengadakan lawatan kerja ke Berlin, Jerman.

Nazri juga berkata beliau turut bersedia berdebat berkaitan tajuk-tajuk lain yang diputuskan oleh Mahathir.

“Serahkan pada dia (bab tajuk). Penyertaan saya tanpa syarat, kecuali dalam penentuan tarikh. Yang lainnya terserah pada Mahathir.

“Malah, jika penyokong saya tak dibenar hadir pun saya setuju. Saya hanya mahu debat ini jadi kenyataan,” katanya melalui pesanan SMS dari luar negara.


Nota Ana Ghoib: Antara tajuk dicadangkan selain isu 1MDB, Forex, BMF mungkin kasus Altantuya, Sirul, Najadi, PI Bala, Felda, MARA, Permit Teksi …

Tragedi Altantuya – Hussain Najadi – Terbaru Jong Nam dan Terakhir Gempa Bumi …

Firman Allah: Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya. – (Qaaf 50:37)

Nasihat da’watul Haq tentang khabar buruk dan khabar gembira bagi mereka yang berhati yakin …

Firman Allah: Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. – (Al-Qiaamah 75:20)

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib Hud’s – Tak semua faham yang faham jadi takut….maka disitu malanglah  bagi orang yang telah diajarkan oleh Allah nama-nama semuanya tetapi belum mendatangkannya manfaat kepadanya sebelum waktu terjadinya takdir ke atas dirinya.

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: P Ramlee sindir Umno ibarat sarkis?

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

Tolong Komen & Share