Jenayah sumbang mahram dengan anak tiri tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan empat sebatan.

SEREMBAN – Seorang peniaga dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan terkutuk dengan anak tiri sejak tahun lalu.

Hakim G.Ramesh menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 47 tahun yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan.

Mengikut pertuduhan pertama yang dituduh mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan, tertuduh telah melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya berusia 20 tahun dengan kerelaannya.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan juga sebatan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu memasukkan zakar ke dalam mulut anak tirinya.

Kesalahan itu dituduh mengikut Seksyen 377b Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan pada bulan Oktober tahun 2016 hingga Februari lalu di sebuah rumah di Apartment Cempaka Puri di Nilai di sini.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Sinar Harian

KLIK BACAPAS mahu mereka yang langgar baiah cerai isteri didakwa di mahkamah

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

Tolong Komen & Share