Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki mencuri seluar dalam di sebuah rumah.

BANDAR KUALA KANGSAR – Pelik dan memalukan, namun itulah realitinya.

Kehilangan beberapa seluar dalam milik seorang wanita di sini, terjawab apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki mengambil pakaian itu dari ampaian rumahnya.

Dia yang enggan namanya disiarkan memaklumkan dua seluar dalam miliknya dan dua milik anaknya dilarikan lelaki dipercayai berusia lingkungan 30 ke 40 tahun itu.

Menurutnya, kejadian sama pernah berlaku tahun lalu, namun hanya menganggapnya hilang apatah lagi tiada CCTV dipasang pada waktu itu.

“Dulu pernah juga hilang tapi saya tak syak apa-apa. Saya anggap mungkin diterbangkan angin atau silap pandang.

“Tapi bila sekali lagi hilang, rasa macam ada tak kena. Bila tahu empat seluar dalam di ampaian hilang, saya cepat-cepat tengok CCTV.

“Waktu itu barulah terbongkar ada lelaki menghendap di ampaian dan kemudian larikan seluar dalam itu,” katanya.

Bagaimanapun, wanita tersebut memberitahu tidak berhasrat membuat laporan polis, namun akan mengambil sikap berjaga-jaga selepas ini.

Video berdurasi hampir empat minit dari rakaman CCTV itu tersebar di laman sosial baru-baru ini merakamkan segala perbuatan lelaki tersebut.

Mulanya dia meninjau keadaan dan mundar-mandir sebelum menyelinap ke ampaian dan mencapai seluar dalam disidai, sebelum menyimpannya dalam poket dan bergegas pergi.

KLIK BACAPAS mahu mereka yang langgar baiah cerai isteri didakwa di mahkamah

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

Tolong Komen & Share