Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menolak dakwaan Ketua Penerangan parti itu, Tan Sri Annuar Musa bahawa pendiriannya mengenai Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) membawa kepada penggantungan beliau sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Nazri berkata beliau secara konsisten menyokong gesaan Putrajaya mengiktiraf UEC dan tidak mengalami sebarang masalah politik berikutan isu itu.

“Dalam Kabinet, kita amalkan kebebasan bersuara …Universiti Taiwan menerima UEC dan kita iktiraf universiti Taiwan. Jadi apa masalahnya?

“Saya suarakan pendapat saya bahawa saya menyokong UEC.

“Saya masih di sini … kalau kamu kata kamu dianiayai oleh kabinet, itu tak betullah. saya masih lagi seorang menteri, kuat macam dulu,” kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu ketika dihubungi.

Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai temu bual Sin Chew Daily dengan Annuar, yang mendakwa menjadi mangsa pihak tertentu kerana sokongannya terhadap UEC.

Annuar percaya bahawa ia adalah sebab utama penggantungan beliau sebagai pengerusi MARA dan bukan kerana isu penajaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada pasukan bola sepak Kelantan.

Nazri berkata Annuar perlu menamakan mereka yang menjadikan beliau sebagai mangsa.

“Tolong tanya kepadanya: Siapa yang jadi mangsa beliau, saya mahu tahu,” kata Nazri juga pemimpin veteran Umno seperti Annuar. – Malaysiakini

KLIK VIDEO: Rafizi beritahu Parlimen Najib belanja paling banyak hasil Petroliam

KLIK BACAPAS mahu mereka yang langgar baiah cerai isteri didakwa di mahkamah

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

Tolong Komen & Share