Penaung Program Permata Pintar (PERMATA) Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menegaskan, beliau tidak pernah mengambil wang program berkenaan untuk kegunaan peribadi.

Malah, beliau juga dengan tegas meminta supaya mana-mana pihak tidak lagi mempersoalkan tentang program PERMATA kerana menurutnya, program berkenaan adalah untuk kebaikan rakyat.

“Janganlah banyak sangat soal menyoal di luar sana. Jangan ragu-ragu dengan program ini. Jangan tanya ‘oh, dia punya sumber kewanganlah, apa lah, macam-macam.

“Kita dah terangkan pun dia tanya juga lagi. Saya tak faham. Kadang kala ia mengecewakan kita. Jadi, jangan politikkan program PERMATA. Kita tak pernah tanya ‘bapa awak parti mana, parti itu tak boleh masuk’. Tidak. Kita tak lakukan perkara macam itu.

“Program ini semuanya adalah untuk rakyat. Tiada kena mengena dengan saya. Saya tak ambil duit (PERMATA) dan letak dalam poket saya, dalam beg tangan saya. Anda boleh periksa. Ingat senang nak dapat duit dari kerajaan?” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penutup Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan! di ibu negara hari ini. – KiniTV

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: ‘Saya tunggu Najib heret saya ke mahkamah’ – Dr Mahathir

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK VIDEO: Rafizi beritahu Parlimen Najib belanja paling banyak hasil Petroleum

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

Tolong Komen & Share