Pesawat Airbus A400M yang keempat milik Tentera Udara Diraja Malaysia telah selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam akaun Facebooknya, beliau berkata: “Alhamdulillah, pesawat keempat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang (pada Selasa). Pesawat A400M ini merupakan aset yang amat penting dan berharga untuk TUDM. Harap dapat lihat di #LIMA17!

“Saya percaya ia bukan sahaja berupaya menambahkan lagi kekuatan dan kebolehan TUDM malah turut menjadikan TUDM disegani di peringkat serantau dan dunia. #NadiNegaraku.”

Tiga pesawat sama diterima TUDM masing-masing pada awal dan pertengahan tahun lalu serta Mac 2015.

Pesawat A400M mempunyai jangkauan operasi lebih jauh serta berkeupayaan untuk mengangkut kapasiti kargo yang lebih besar berbanding pesawat yang dimiliki TUDM ketika ini.

Selain untuk tujuan pertahanan, pesawat itu berupaya melaksanakan misi yang merangkumi penugasan berkaitan pemindahan perubatan, pengisian bahan bakar di udara, penghantaran udara (penerjun dan logistik) serta operasi bantuan bencana dan kemanusiaan. –  Bernama

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACAKhairuddin, Ezam tubuh parti baru lawan Najib di Pekan

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

Tolong Komen & Share