Pakatan Harapan perlu menyegerakan rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan semua “pihak lain yang sealiran”, kata Anwar Ibrahim.

Ini demi memantapkan agenda reformasi dan dasar bersama, kata tokoh pembangkang itu.

“Kesudian BERSATU untuk menyertai HARAPAN harus dilihat secara positif kerana ia akan mengukuhkan kekuatan pembangkang dalam persediaan menggantikan BN sebagai kerajaan melalui pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad pada 13 Mac lalu mengumumkan akan membuat permohonan rasmi menyertai HARAPAN.

Bekas perdana menteri itu juga mencadangkan nama HARAPAN ditukar serta satu lambang diperkenal bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dalam kenyataan dari penjara Sungai Buloh, Anwar berkata pembangkang hanya memerlukan sedikit lonjakan sokongan untuk menukar kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya yakin, Insha-Allah, ini akan dapat dicapai memandangkan masalah ekonomi dan skandal berlarutan dalam negara yang belum pernah dialami sebelum ini,” katanya.

Beliau membangkitkan pelbagai kontroversi melanda negara, termasuk isu 1MDB, Felda, Tabung Haji dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) – yang dianggapnya sebagai “pengkhianatan” kepada bangsa dan negara. – Malaysiakini

KLIK BACA: Ezam nak ‘buru’ Najib di mana saja

KLIK VIDEO: “Saya tidak simpan dendam terhadap Pak Lah,” cerita Mahathir

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

Susunan: Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan-penglihatan aneh…

Tolong Komen & Share