Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji pendekatan Umno Terengganu menyelesaikan masalah dalaman parti itu hingga ia kini kembali bersatu dan teguh.

Mengambil contoh tindakan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang terus menyokong kepimpinan Umno Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman meskipun terdapat perselisihan faham, Ahmad Zahid berkata langkah itu tepat demi kepentingan parti.

“Kita tahu bahawa walaupun beliau (Ahmad) dihujani pelbagai masalah dalam politik, saya ucapkan terima kasih kepada rakan kita Datuk (Seri) Ahmad Said yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Ahmad Razif.

“Semangat kekitaan ini yang kita kena kukuhkan. Kita harus ketepikan permasalahan titik bengik yang ada di kalangan kita, di negeri atau bahagian-bahagian (demi kepentingan parti),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno Cawangan-cawangan peringkat Negeri Terengganu di Kuala Terengganu yang turut dihadiri Ahmad Razif dan barisan kepimpinan Umno Terengganu yang lain.

Sebelum ini, krisis dalaman Umno Terengganu dilaporkan tegang selepas Ahmad yang juga bekas Menteri Besar dengan lantang mengkritik pentadbiran Ahmad Razif menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap Umno negeri.

Bagaimanapun, isu tersebut dilihat selesai selepas Ahmad Razif dilihat memeluk mesra Ahmad ketika hadir pada majlis perkahwinan anak lelaki Ahmad pada Februari lalu. – Bernama

KLIK BACA: Ezam nak ‘buru’ Najib di mana saja

KLIK VIDEO: “Saya tidak simpan dendam terhadap Pak Lah,” cerita Mahathir

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

Susunan: Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan-penglihatan aneh…

Tolong Komen & Share