Najib kelihatan bersama Muhyiddin yang disingkirkan kerana disyaki bertanya mengenai 1MDB tidak termasuk Shafie Apdal dan Husni Hanadzlah – Foto NST

Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi maklumat yang diperolehinya di masjid selepas mendengar khutbah solat Jumaat semalam.

Datuk Seri Najib Razak berkata, penting untuk orang ramai bersikap berhati-hati dan meneliti kebenaran sesuatu berita sebelum menyebarkannya.

“Salam Jumaat. Saya kongsi pesan khatib, pentingnya untuk kita teliti sebelum sebar sesuatu berita. Moga Malaysia dilindungi daripada bencana fitnah,” katanya melalui Twitter.

Bagaimanapun seperti selalu tweet Najib itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Sebahagiannya bersikap sinis. Antaranya, @syafiqq07 yang menjawab: “Cakap je lah done solat Jumaat”.

Akaun @Abggaram96 pula mencatat: “Tadi solat Jumaat, (khutbah) pasal rasuah.. Pak cik Najib jangan main rasuah, abis negara nanti”.

@KoalaKuMilo pula menjawab tweet Najib dengan ayat: [email protected] betul tu Dato Sri. Banyak fitnah kat Malaysia kebelakangan ni. Kesian @anwaribrahim duduk kat penjara, kan”.

Akaun @ahmdizzat turut tidak ketinggalan terbabit dalam perbualan itu. [email protected] khatib cakap rasuah sekarang berleluasa. Terasa pedas trak?” katanya.

Bagi @mohdin_116 , dia menulis: [email protected] pesan khutbah hari ini juga mengatakan silaturahim itu penting semua generasi, waktu cuti sekolah minggu ni.. eloklah kita sama2.”
Satu lagi pengguna Twitter, @nikkiishaun menulis: [email protected] memang masalah masyarakat kita sekarang ni .. suka fitnah dan dengan kata orang …”

Melalui teks khubah disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, umat Islam diingatkan supaya mengamalkan konsep tabayyun (berhati-hati) dalam menerima atau menyebarkan sesebuah berita. – Malaysiakini | MRM

Nota Ana Ghoib: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. – (Al-Hujuraat 49:1)

Susunan: Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan-penglihatan aneh…

KLIK BACA: Ezam nak ‘buru’ Najib di mana saja

KLIK VIDEO: “Saya tidak simpan dendam terhadap Pak Lah,” cerita Mahathir

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

Tolong Komen & Share