Konvensyen Warga Felda anjuran Pakatan Harapan berlangsung di Shah Alam 19 Mac ini.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyeru semua pihak agar prihatin dan sensitif dengan situasi kritikal yang sedang dihadapi Felda dan tidak menimbulkan perkara-perkara remeh seperti hak penggunaan nama Felda.

Sehubungan itu, Presidennya Mazlan Aliman menyifatkan kenyataan Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada kononnya pihak lain tidak boleh menggunakan nama Felda atas alasan mengelirukan adalah tidak berasas.

“Sejak bila Felda jadi hak mutlak mereka sahaja?” soal beliau.

Menurut Mazlan, Anak telah mengadakan pelbagai program sama ada konvensyen, seminar, dialog dan sebagainya bagi membincangkan isu-isu berkaitan Felda sejak sekian lama.

“Penganjuran seperti ini bukan perkara baru. Misalnya Konvensyen Hala tuju Felda anjuran Gerakan Selamatkan Felda telah dibuat pada 12 April 2012 di Unisel Shah Alam. Tiada isu pun,” tegasnya.

Hanapi baru-baru ini menyentuh penganjuran Konvensyen Warga Felda yang bakal berlangsung di Shah Alam, 19 Mac ini.

Konvensyen bertemakan ‘Kelangsungan Felda melalui pengupayaan dan pendididikan’ itu dianjurkan Pakatan Harapan dengan kerjasama Anak.

Mengulas lanjut Mazlan berkata, kerajaan dan Felda seharusnya berterimakasih dengan penganjuran program seumpama itu malah Konvensyen Warga Felda 19 Mac ini melibatkan profesional, pengamal undang-undang, pakar ekonomi dan aktivis peneroka.

“Rumusan dan resolusi akan dibuat sebagai usaha penyelesaian demi masa hadapan Felda. Jika ia langkah proaktif Pakatan Harapan sebagai tawaran mereka terhadap warga Felda, inilah harapan yang ditunggu-tunggu!,” ujarnya.

Tambah beliau, menimbulkan soal penggunaan perkataan Felda adalah isu remeh yang cuba untuk mengalih perhatian terhadap persoalan pokok yang sedang hangat diperkatakan.

“Kedudukan FGV yang terumbang ambing, Felda yang sarat dengan masalah, nasib buruk peneroka, rumah generasi baharu yang terbengkalai, rezab tunai Felda yang hampir habis, adalah contoh kebobrokan yang tidak boleh disembunyikan,” tegas beliau lagi.

Mazlan berkata, Anak sejak awal mengalu-alukan perlantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai Pengerusi baru Felda dan telah mengutus surat untuk bertemu dan berbincang namun tiada sebarang jawapan diterima.

“Anak ingin tegaskan, Felda adalah milik bersama. Segala usaha mengembalikan Felda kepada matlamat asalnya wajar diiraikan. Ini suatu perjuangan yang dituntut oleh agama.

“Anak mengucapkan tahniah kepada kesungguhan Pakatan Harapan dan berterima kasih atas kesediaan Kerajaan Negeri Selangor bagi mempastikan Konvensyen ini mencapai matlamatnya,” ujar beliau. – Malaysia Dateline

Susunan: Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan-penglihatan aneh…

KLIK BACASaya tak sayang Kelantan cuma bagi duit Tok Guru Nik Aziz , Dr Mahathir sindir Najib

KLIK BACA: MP _ Siapa peduli apa ada dalam BEG ROSMAH…

KLIK BACA: Ezam nak ‘buru’ Najib di mana saja

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

Tolong Komen & Share