KOTA BHARU – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kelantan baru-baru ini dengan membawa pelbagai projek pembangunan tidak lebih daripada mahu mendapatkan undi sahaja.

Beliau berkata, tindakan itu jelas menggambarkan sikap Najib yang bukan benar-benar sayang kepada rakyat, sebaliknya mahu mempertahankan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya kini.

“Najib datang kata nak buat landasan kereta api, kenapa? kerana nak undi, niat dah tak baik, itu sebab dia kena hulurkan wang, dia akan datang berkali-kali, sebab akan ada pilihan raya,” katanya semasa menyampaikan ceramah Perdana di sini semalam.

Najib semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Hospital Bachok mendakwa pemimpin sebelumnya telah mendera Kelantan dengan tidak menyediakan peruntukkan yang sewajarnya untuk membangunkan negeri ini.

Dalam pada itu Tun Mahathir mendakwa ketika menjadi Perdana Menteri, beliau turut membantu rakyat Kelantan dengan menghulurkan pinjaman kepada Kerajaan negeri bagi menguruskan bekalan air bersih di negeri ini.

“Dia (Najib) sayang kepada orang Kelantan, saya tidak sayang, saya cuma bagi duit kepada Tok Guru Nik Aziz sebab orang Kelantan tidak ada air bersih, itu bukan sayang namanya, mungkin saya nak sesuatu dari orang Kelantan ketika itu,” katanya dalam nada sinis.

“Saya yakin pilihan raya tidak diadakan dalam masa terdekat, apalagi kalau nampak hadir dalam perhimpunan kita, tidak baik untuk buat PRU, dia juga boleh isytihar darurat, tetapi kita mesti tuntut hak kita memilih kerajaan itu hak rakyat kita diberi mengundi sebagai satu kuasa kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECLR) tidak lebih daripada usaha Perdana Menteri mendapatkan wang dari negara China bagi menyelesaikan pelbagai hutang negara. – Sinar Harian | MRM

Susunan: Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan-penglihatan aneh…

TERKINI: UMNO parti yang payah mati, kata Annuar Musa

KLIK BACA: Ramai kawan Najib-Rosmah tanggung bala – Kadir Jasin

KLIK BACA: Jokowi tidak terima hadiah Raja Saudi, penjawat awam Indonesia dianggap rasuah jika hadiah tidak diisytihar

KLIK BACA: Mahathir: Tangislah negara ku tersayang, rahsia telah terbongkar…

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

Tolong Komen & Share