Seorang lelaki mengalami kesakitan lebih 12 jam apabila kemaluannya tersangkut alat ‘bearing’ seperti cincin yang dipakainya sejak malam tadi.

Pegawai Bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Mohd Asrul Naim Abidin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Pulau Pinang (HPP) berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

Beliau berkata sepasukan anggota bomba tiba di HPP lima minit kemudian dan mendapati mangsa yang berusia lingkungan 20-an berada dalam keadaan separa sedar.

“Selepas kami menerima panggilan khidmat khas untuk membantu memotong cincin (bearing) di kemaluan mangsa, kami bergegas di hospital untuk memberi bantuan segera.

“Difahamkan sebelum pihak bomba dihubungi, ada jabatan lain yang cuba memotong cincin pada kemaluan mangsa tetapi gagal,” katanya di George Town hari ini.

Mohd Asrul Naim berkata bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong bearing itu sebelum ia berjaya ditanggalkan daripada kemaluan mangsa.

Beliau berkata difahamkan mangsa memakai bearing itu sejak pukul 8 malam tadi dan dipercayai ia dipakai ketika lelaki berkenaan hendak mengadakan hubungan seks dengan isterinya.

“Kami menggunakan alat khas yang dicipta sendiri oleh Balai Bomba Jalan Perak untuk memotong cincin itu,” katanya.

Beliau berkata mangsa menggunakan cincin berkenaan yang merupakan bearing yang biasanya dipasang di kolam renang. -Bernama | Foto hiasan

KLIK BACA: Ramai kawan Najib-Rosmah tanggung bala – Kadir Jasin

TERKINI: UMNO parti yang payah mati, kata Annuar Musa

KLIK BACA: Jokowi tidak terima hadiah Raja Saudi, penjawat awam Indonesia dianggap rasuah jika hadiah tidak diisytihar

KLIK BACA: Mahathir: Tangislah negara ku tersayang, rahsia telah terbongkar…

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

Tolong Komen & Share