Bagi pencuri tegar, mencuri perlu dilakukan tidak kira di mana, sekalipun di hadapan bakal mangsa yang sedang solat.

Seorang wanita menjadi sasaran pencuri sebegini bila beg tangan wanita itu yang diletakkan di hadapan sejadah ketika solat di Masjid An-Nur, Guar Perahu di Bukit Mertajam kelmarin dilarikan seorang lelaki muda.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata semalam, mangsa, 54, seorang pegawai teknologi maklumat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kerugian lebih RM800.

Begnya mengandungi wang tunai RM350, telefon bimbit, kad pengenalan, kad bank serta lesen memandu, kata beliau.

Menurut Nik Ros Azhan, wanita itu baru saja balik dari menghadiri kenduri di Pokok Sena dan singgah di masjid itu untuk menunaikan solat Maghrib.

“Wanita itu meletakkan beg tangannya berwarna merah di hadapan sejadah dan selepas selesai solat menyedari begnya tiada lagi di situ,” kata Nik Ros Azhan.

Beliau berkata semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu mendapati seorang lelaki yang memakai helmet bervisor telah menunggu di tepi pintu masjid.

Ketika jemaah sedang sujud suspek meluru masuk serta melarikan beg pengadu.

Nik Ros Azhan berkata usaha mengesan lelaki yang dipercayai berusia lingkungan 20-an itu giat dijalankan.

Polis juga akan mendapatkan rakaman CCTV di sekitar kawasan berkenaan bagi membantu siasatan kes berkenaan. – Bernama

KLIK BACA: Ramai kawan Najib-Rosmah tanggung bala – Kadir Jasin

TERKINI: UMNO parti yang payah mati, kata Annuar Musa

KLIK BACA: Jokowi tidak terima hadiah Raja Saudi, penjawat awam Indonesia dianggap rasuah jika hadiah tidak diisytihar

KLIK BACA: Mahathir: Tangislah negara ku tersayang, rahsia telah terbongkar…

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

Tolong Komen & Share