Datuk Azimi Daim ketika berucap pada Siri ceramah Bicara Rakyat dan Perasmian Pejabat Bersatu di Kulim Bandar Baru semalam.

Datuk Azimi Daim mengakui selama lima penggal Kulim Bandar Baru dipimpin Umno beliau menderita kerana terpaksa mengikut telunjuk bekas ahli Parlimennya yang disandang oleh dua adik beradik.

“Saya terpaksa ikut telunjuk. Menderita kena ikut telunjuk seorang diktator. Selama 30 tahun perintah Kulim dari 1978-2008.

“Jika sampai hari ini destinasi abang hingga adik ini sudah 40 tahun kuasai Kulim Bandar Baharu.

“Biar pi la kat depa. Bukan nak marah mereka atas sifat individu atau dinasti keluarga, tetapi kali ini kita mahu berjuang bersungguh-sungguh tanpa tabur duit dan dedak kita perlu bangkit untuk kita lenyapkan pemerintahan Umno-BN dari bumi Malaysia ini,” ujarnya dalam Siri ceramah Bicara Rakyat dan Perasmian Pejabat Bersatu di Kulim Bandar Baru semalam.

Azimi selaku Ketua Penaja Bahagian Kulim Bandar Baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), walaupun tidak menyebut nama, namun dipercayai merujuk kepada bekas menteri penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang menjadi Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Kedah selama 5 penggal .

Beliau menjadi ahli parlimen kawasan itu dari tahun1978 hingga 2008 dan pada PRU12 beliau tidak bertanding serta menyatakan hasrat untuk berundur dari politik.

Kerusinya itu kemudian ditandingi adiknya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada 2008 tetapi kalah di tangan Zulkifli Nordin dari PKR dan beliau kembali bertanding pada 2013 mengalahkan Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga dari PKR.

Abdul Kadir pada 2015 telah menubuhkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang kemudiannya pada 2016 bersedia menjadi rakan politik bersama Pas untuk membentuk blok ketiga Gagasan Sejahtera. – Malaysia Dateline

KLIK BACA: Ramai kawan Najib-Rosmah tanggung bala – Kadir Jasin

TERKINI: UMNO parti yang payah mati, kata Annuar Musa

KLIK BACA: Jokowi tidak terima hadiah Raja Saudi, penjawat awam Indonesia dianggap rasuah jika hadiah tidak diisytihar

KLIK BACA: Mahathir: Tangislah negara ku tersayang, rahsia telah terbongkar…

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

Tolong Komen & Share