GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi hari ini, menangguhkan perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon sehingga rayuan mereka mencabar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 selesai.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan perkara itu selepas membenarkan permohonan peguam Guan Eng, Gobind Singh Deo menangguhkan perbicaraan yang ditetapkan pada 27 Mac ini bagi menunggu keputusan rayuan mencabar Seksyen 62 Akta SPRM 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah, di Mahkamah Rayuan.

Hadhariah turut menangguhkan perintah ke atas Guan Eng dan Li Koon yang diwakili peguamnya, Datuk V Sithambaram, untuk mengemukakan pernyataan pembelaan yang sepatutnya berakhir esok, selain menetapkan 25 April ini sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud.

Pada 7 Mac lalu, mahkamah menolak dua notis usul difailkan Guan Eng dan Li Koon, untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta SPRM 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah yang difailkan mereka pada pada 6 Januari lalu.

Seksyen 62 menetapkan tertuduh perlu menyerahkan antara lain pernyataan pembelaan kepada pihak pendakwaan sebelum perbicaraan.

Pada 30 Jun lalu, Guan Eng, 57, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan, dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini, di bawah nilai pasaran.

Li Koon pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo itu.

KLIK BACA: Ramai kawan Najib-Rosmah tanggung bala – Kadir Jasin

TERKINI: UMNO parti yang payah mati, kata Annuar Musa

KLIK BACA: Jokowi tidak terima hadiah Raja Saudi, penjawat awam Indonesia dianggap rasuah jika hadiah tidak diisytihar

KLIK BACA: Mahathir: Tangislah negara ku tersayang, rahsia telah terbongkar…

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

Tolong Komen & Share