Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli berkata, beliau menantikan dialog di antara Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya menanti dan menunggu dialog itu diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas Konvensyen Warga Felda, di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, dekat sini, semalam lapor Sinar Harian Online.

Mengulas sama ada beliau akan hadir dalam dialog berkenaan, Rafizi berkata tidak.

“Ini kerana ada beberapa urusan kerja perlu saya selesaikan.

“Cumanya, kalau tak nak bagi TV3, RTM siar pun, sekarang ada Facebook live, ramai-ramai boleh tengok, Sinar TV kan ada,” katanya.

Dialog kedua-dua tokoh itu mengenai beberapa isu hangat yang akan diadakan pada 25 Mac ini di Dewan Dato’ Maharajalela Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, jam 3.00 petang.

Idea mengadakan dialog ini tercetus apabila Mohamed Nazri dan Mahathir saling ‘perang mulut’ di media sosial dan Mahathir mencabar menteri itu berbahas dalam pelbagai isu.

KLIK BACA: Ramai kawan Najib-Rosmah tanggung bala – Kadir Jasin

TERKINI: UMNO parti yang payah mati, kata Annuar Musa

KLIK BACA: Jokowi tidak terima hadiah Raja Saudi, penjawat awam Indonesia dianggap rasuah jika hadiah tidak diisytihar

KLIK BACA: Mahathir: Tangislah negara ku tersayang, rahsia telah terbongkar…

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

Tolong Komen & Share