Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui tidak terasa hati dengan kekalahan yang dialaminya dalam pemilihan peringkat kawasan Pengkalan Chepa bagi sesi 2017/2019 pada kelmarin.

Katanya, walaupun tewas dalam pemilihan itu, apa yang penting baginya adalah terus kekal istiqamah dalam perjuangan parti.

“Menang gembira, kalah lebih gembira…istiqamah, bertanding biasa sahaja itu, latihan,” katanya ringkas kepada Sinar Online.

Ketika menjawab pertanyaan yang dirinya sudah ditolak akar umbi dan ada yang memburukkannya, ini jawab Nik Abduh “biasa tu… 24 jam,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Ahli Parlimen Pasir Mas itu gagal merebut jawatan Timbalan Yang Dipertua dari penyandangnya Dr Izani Husin yang mendapat 209 undi berbanding Nik Abduh yang memperoleh 37 undi.

Yang Dipertua kawasan itu kekal milik Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: Ramai kawan Najib-Rosmah tanggung bala – Kadir Jasin

TERKINI: UMNO parti yang payah mati, kata Annuar Musa

KLIK BACA: Jokowi tidak terima hadiah Raja Saudi, penjawat awam Indonesia dianggap rasuah jika hadiah tidak diisytihar

KLIK BACA: Mahathir: Tangislah negara ku tersayang, rahsia telah terbongkar…

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

Tolong Komen & Share