KUALA LUMPUR – Seorang pemandu van sebuah kedai cat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau iaitu dengan beronani di dalam lif, minggu lepas.

Mohamad Syahrul Azizi Shah Fri, 28, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Lelaki itu didakwa telah melakukan perbuatan kelucahan melampau iaitu dengan beronani sehingga air maninya mengenai seorang wanita yang berusia 34 tahun di dalam lif, sebuah pangsapuri, di Bandar Tasik Selatan, di sini, pada 7.50 pagi, 16 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin tidak menawarkan sebarang jaminan.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Azi Azlin Zulkifli merayu supaya dibenarkan diikat jamin yang minimum dengan alasan dia berjanji tidak akan menganggu mangsa.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin serta melarang tertuduh mendekati mangsa dan menetapkan 14 April ini untuk sebutan semula kes. – Bernama

TERKINI: UMNO parti yang payah mati, kata Annuar Musa

KLIK BACA: Jokowi tidak terima hadiah Raja Saudi, penjawat awam Indonesia dianggap rasuah jika hadiah tidak diisytihar

KLIK BACA: Mahathir: Tangislah negara ku tersayang, rahsia telah terbongkar…

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

Tolong Komen & Share