Zahid berkata, proses ekstradisi Sirul pembunuh Altantuya yang melarikan diri rumit kerana melibatkan undang-undang Australia. – Foto FMT

Kerajaan masih mengkaji cara membawa Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia 11 tahun lalu, pulang ke negara ini, kata Kementerian Dalam Negeri.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses ekstradisi Sirul rumit kerana ia melibatkan undang-undang dan dasar negara lain.

Ramkarpal ingin tahu kenapa kerajaan menghentikan proses mengekstradisi Sirul dari Australia.

“Usaha kerajaan untuk membawa pulang Sirul bagi untuk menjalani hukuman mati menyentuh isu hak asasi manusia.

“Mengikut triti ekstradisi, dokumen permohonan ekstradisi perlu dinyatakan hukuman yang akan dikenakan ke atas penjenayah tersebut,” menurut jawapan bertulis itu.

Dalam kes Sirul, Mahkamah Persekutuan mendapati dia dan seorang lagi bekas komando polis, Azilah Hadri bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu pada 2006 dan 2 lelaki itu dijatuhi hukuman mati.

Beliau dikatakan ditembak 2 kali di kepala, sebelum dibalut dengan bahan letupan gred tentera yang menyebabkan tubuhnya berkecai dalam hutan di Puncak Alam, Selangor.

Motif terhadap jenayah itu masih tidak diketahui. – Free Malaysia Today

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

MESTI BACA: Sanusi: Tun Mahathir cuba tegur tapi seperti mencurah air di daun keladi

KLIK BACA: Orang terkorban kerana 1MDB – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Ramai kawan Najib-Rosmah tanggung bala – Kadir Jasin

TERKINI: UMNO parti yang payah mati, kata Annuar Musa

KLIK BACA: Jokowi tidak terima hadiah Raja Saudi, penjawat awam Indonesia dianggap rasuah jika hadiah tidak diisytihar

KLIK BACA: Mahathir: Tangislah negara ku tersayang, rahsia telah terbongkar…

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

Tolong Komen & Share