Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja ulama terulung, tetapi juga seorang pentadbir yang cemerlang.

Ini kerana kejayaannya mentadbir Kelantan dengan slogan ‘Membangun Bersama Islam’ lebih dua dekad, tentunya satu kejayaan yang amat dikagumi.

Keterampilan Nik Aziz yang serba sederhana, mesra rakyat, sentiasa berada ditengah-tengah rakyat, merasai denyut jantung rakyat, menyebabkan beliau amat dihormati kawan dan disegani pihak lawan.

Kesungguhan beliau mentadbir khazanah negeri terutamanya mendidik pegawai- pegawai negeri berjimat cermat, mencegah pemborosan memanglah kejayaan yang patut diteladani.

Disebabkan itu, Parti Amanah Negara (AMANAH) akan menganjurkan Seminar Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 9 April ini di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bermula 8.30 pagi hingga 1.30 petang.

Program ini akan dirasmikan oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu sementara ucaptama akan disampaikan oleh Datuk Husam Musa, bekas Exco Kanan Kelantan ketika pentadbiran Nik Aziz.

Antara pembentang kerja kerja termasuk, Ustaz Ahmad Awang Penasihat Umum Parti Amanah Negara (AMANAH), Liew Chin Tong Ahli Parlimen Kluang dan Ustaz Wan Ji Wan Husin Penyelidik di Anwar Ibrahim Research Institute (AIRI). – KiniTV

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini mengumumkan akan menganjurkan seminar pemikiran ikon legenda PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Walaupun berlainan parti, Setiausaha Agung AMANAH Anuar Tahir berkata legasi Nik Aziz – bekas menteri besar Kelantan dan mursyidul am PAS – harus diteruskan.

“Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bukan sahaja seorang tokoh politik, tetapi juga ikon dalam perjuangan untuk menyejahterakan negara,” kata Anuar.

Dalam sidang media hari ini, Anuar berkata Nik Aziz terbukti seorang pentadbir yang cemerlang apabila membangunkan Kelantan dengan slogan “Membangun Bersama Islam” lebih dua dekad.

Katanya, perkara itu bukan mudah, terutama apabila berdepan tekanan segenap sudut, termasuk oleh kerajaan persekutuan.

Dalam hal pentadbiran juga, kata Anuar, Nik Aziz memastikan pentadbirannya berjimat cermat, mencegah sikap boros, selain mengguna pakai pendekatan yang sesuai dengan masyarakat majmuk.

“Apa yang telah dimulakan itu perlu diteruskan. Kami di AMANAH berikrar untuk meneruskannya,” kata Anuar.

Menurut rakaman di KiniTV, Anuar turut membidas sikap PAS yang didakwanya sudah melupakan legasi allahyarham.

“Sikap antirasis, pro kemajmukan yang sangat kuat itu sudah tidak diteruskan lagi oleh parti beliau, terus terang saya sebut parti PAS,” katanya.

Anuar berkata program itu akan diadakan pada 9 April depan di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur (KLSCAH) dan Selangor pada selama 5 jam setengah, bermula 8 pagi.

Ia akan dirasmikan oleh Presiden AMANAH Mohamad Sabu manakala ucap utamanya pula akan dibuat oleh Datuk Husam Musa, exco kanan Kelantan ketika pentadbiran Nik Aziz.

Kertas kerja pula akan dibentangkan oleh penasihat AMANAH Ahmad Awang, anggota parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong dan penyelidik di Institut Kajian Anwar Ibrahim Wan Ji Wan Hussin.

“Seminar ini sebagai permulaan. Akan akan lagi seminar untuk hidupkan pemikiran-pemikiran dinamis di negara ini,” katanya.

AMANAH ditubuhkan oleh bekas-bekas pemimpin kanan PAS yang ditolak beramai-ramai dalam pemilihan parti itu sebelum ini.

Parti itu turut menjadikan Islam sebagai agenda perjuangan tetapi mahu menggunakan pendekatan lebih terangkum atas prinsip “Islam rahmat ke seluruh alam”. – Malaysiakini

MESTI BACA: Sanusi: Tun Mahathir cuba tegur tapi seperti mencurah air di daun keladi

KLIK BACA: Orang terkorban kerana 1MDB – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Ramai kawan Najib-Rosmah tanggung bala – Kadir Jasin

TERKINI: UMNO parti yang payah mati, kata Annuar Musa

KLIK BACA: Jokowi tidak terima hadiah Raja Saudi, penjawat awam Indonesia dianggap rasuah jika hadiah tidak diisytihar

KLIK BACA: Mahathir: Tangislah negara ku tersayang, rahsia telah terbongkar…

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

Tolong Komen & Share