Najip Ali langsung tidak hina Najib Razak dalam rancangan Ok Chope kerana cuma memberi jawapan ejaan nama mereka Najib dan Najip yang berbeza.

Kenapa Zed Zaidi pantas berpolitik mahu Najip minta maaf dan bernada ancaman untuk menutup periuk nasinya di Malaysia.

Laporan Bernama: Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata persatuan itu memberikan tempoh sehingga Jumaat ini, dan akan membuat laporan polis jika Najip gagal berbuat demikian.

“(Jika Najip enggan memohon maaf) Kami juga cadangkan supaya Najip disekat daripada membuat penampilan dalam rancangan televisyen Malaysia,” katanya selepas menghadiri Program Kajian Insan ‘Khazanah Seni Negara’ yang dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, di sini hari ini.

Najip Ali ketika ini menjadi juri tetap sebuah program lawak di saluran Astro.

Rancangan bual bicara komedi, ‘Ok Chope’ terbitan Mediacorp Singapura baru-baru ini mengundang kritikan ramai gara-gara menyiarkan adegan bersifat sindir dan hina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Program yang disiarkan setiap malam Rabu menerusi saluran Channel 5 itu menampilkan lima selebriti Singapura iaitu Najip Ali, Mike Kasem, Rishi Budhrani and Sam See sebagai peserta dengan menjadi ahli panel.

Baru-baru ini, rancangan mingguan itu mencetuskan kontroversi apabila hos program tersebut, Vernetta Lopez cuba menjadikan Najib sebagai bahan perbualan jenaka mereka dengan pelbagai jawapan yang dianggap lucu dan mempersendakan.

Pengacara wanita itu kemudian memberikan satu soalan berbunyi: “Najib slams ____ for threatening Malaysia’s progress” atau dalam bahasa Melayu “Najib membidas ____ kerana mengancam perkembangan negara.”

Selebriti-selebriti ini kemudiannya menjawab dengan pelbagai jawapan lucu yang seterusnya berbentuk sindiran bagi memerli Perdana Menteri kononnya membidas isu yang dibangkitkan.

“Najib slams… kissing Malaysian officers (Najib bidas…individu cium penguat kuasa wanita),” kata pelawak Sam See.

Jawapan berkenaan merujuk kepada seorang penganggur yang dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah mencium seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tahun lalu.

Ia kemudian diteruskan pula dengan jawapan versi rap daripada Najip Ali yang merupakan seorang pengacara sensasi kelahiran Singapura yang langsung tidak menghina yang hanya merujuk abjad nama mereka yang berbeza B dan P. 

“Najip with the ‘P’ slams Najib with the ‘B’ (Najip huruf ‘P’ bidas Najib huruf ‘B’),” seloroh pengacara itu yang juga merupakan seorang juri tetap dalam program Maharaja Lawak Mega 2016.


“The truth is, Najib slams himself for threatening Malaysia progress (Najib bidas dirinya sendiri kerana mengancam kemajuan negara),” kata Rishi yang seterusnya membuatkan penonton dalam rancangan itu tertawa.

“Najib Slams the news for threatening Malaysia’s progress (Najib bidas berita tertentu kerana mengancam kemajuan negara),” kata pengacara radio, Mike Kassem.

Jawapan daripada Mike itu terus diajuk oleh Sam dengan mengatakan;

“The most dangerous thing, Beauty And The Beast for threatening Malaysia’s progress (Paling bahaya, Beauty And The Beast kerana mengacam pembangunan negara),” kata pelawak itu.

“Najib slams the bomoh’s head with his own coconut for threatening Malaysia’s progress (Najib ketuk kepala bomoh dengan buah kelapanya kerana mengancam perkembangan negara,” kata Rishi pula.

Setelah kesemua selebiriti cuba melakukan tekaan, akhirnya Vernetta memberikan jawapan kepada soalan kuiz itu namun ia sekali lagi mendapat respon daripada Sam.

“Once again the Saudis giving him a money what a suprise (Sekali lagi, Orang Arab memberi dia wang berkenaan, sangat mengejutkan),” sindir Sam.

KLIK BACANajib hilang peluang bersih nama, tulis Tun Dr Mahathir

KLIK BACA: Najib merugikan bangsa – Dr Mahathir tidak pernah kalah dalam pertarungan besar politik

KLIK BACA: Rafizi lapor polis Jho Low, desak rakyat lakukan perkara sama

KLIK BACA: Siti Kasim mahu saman blogger bodoh pusing cerita seolah dia cipta tuhan baru GETARAN

KLIK BACA: Saya sudah kata GST memihak golongan kaya mendera rakyat miskin – ANWAR

KLIK BACA: Orang terkorban kerana 1MDB – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

Tolong Komen & Share