oleh Dr Mahathir Mohamad

1. Sementara Menteri-Menteri dan Najib sendiri tidak menghalang debat saya dengan Nazri, polis daerah pandai-pandai menyekat.

2. Kononnya sekolah tidak boleh guna; kononnnya ada kemungkinan rusuhan berlaku, ada protes dari rakyat dan bermacam lagi.

3. Semua ini kerenah polis. IGP pun tidak ada halangan. Katanya ini bukan business polis. Yang tidak beri kelulusan ialah pegawai daerah polis (OCPD).

4. Timbalan Menteri Dalam Negeri pun pegawai-pegawai polis tak hormat. Bukankah YB Nur Jazlan sudah berfirman bahawa ia tidak ada halangan. Bahkan dia sokong debat diadakan. Tetapi itu pun tidak dihiraukan oleh pegawai rendah polis. Ia tak beri atau tarik balik kelulusan.

5. Kerajaan, Menteri-Menteri dan Najib begitu demokratik, hendak beri kebebasan sepenuhnya kepada rakyat. Tetapi polis ganggu. Jahat sungguhlah polis.

6. IGP pula tidak bersetuju supaya debat diadakan di Shah Alam.

7. Mujurlah Menteri Kewangan 2, Abdul Ghani mencadang supaya debat diadakan di hotel. Demikianlah minat Kerajaan untuk melihat debat diadakan.

8. Penganjur belum sambut cadangan baik ini. Jika tidak sambut janganlah salah Kerajaan demokratik Najib debat tidak diadakan. Jangan salah Nazri pun kerana Menteri Kerajaan ini menawar Antartica dan penguins yang penyokong saya tidak mampu pergi. Saya tak dapat tinggal negara demokratik ini terlalu lama.

9. Saya kecewa kerana untuk wacana “Nothing to Hide” dahulu pun polis buat kacau. Najib hilang peluang untuk mencerita bagaimana kawan Arabnya memberi kepadanya hanya USD681 million (2.6 billion Ringgit diwaktu itu) dan membisik bahawa ia patut masuk dalam akaun peribadinya, belanja sesuka hatinya tanpa pengetahuan sesiapa.

10. Kerana bebas menghalang Najib, PM Malaysia tidak dapat bersih dirinya dari tuduhan tak berasas.

11. Kata Nazri Malaysia sudah jadi “Polis State”. Ya benar. Benang-benang halus yang menggerak bibir dan lidah polis sebenarnya tidak ada walaupun ternampak ada.

12. Syabas Malaysia, negara demokratik yang tidak ada tolok bandingnya.

Tun Dr Mahathir Bin Mohamad adalah bekas Perdana Menteri Malaysia. Artikel ini pertama kali dimuat naik di blog beliau chedet.cc dan ulangsiar di sini dengan sedikit ubah suai bagi mengelak kekeliruan manakala petikan dari artikel ini turut disiarkan portal Sinar Online.

Ia merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili pandangan kami di Malaysian Review. | Foto kredit Free Malaysia Today

KLIK BACA: Najib merugikan bangsa – Dr Mahathir tidak pernah kalah dalam pertarungan besar politik

KLIK BACA: Rafizi lapor polis Jho Low, desak rakyat lakukan perkara sama

KLIK BACA: Mahathir: Tangislah negara ku tersayang, rahsia telah terbongkar…

KLIK BACA: Saya sudah kata GST memihak golongan kaya mendera rakyat miskin – ANWAR

KLIK BACA: Orang terkorban kerana 1MDB – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

Tolong Komen & Share