Kes saman fitnah RM100 juta difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator Tan Sri S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd (UMMB) hari ini selesai melalui proses mediasi di Mahkamah Tinggi di sini.

Saman tersebut adalah berhubung dakwaan yang mengaitkan bekas Ketua Pembangkang itu dengan aktiviti biseksual yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar merekodkan penghakiman persetujuan itu dalam kamarnya dengan dihadiri Anwar, Nallakaruppan dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.

Turut hadir peguam Latheefa Koya mewakili Anwar, Sarah Abishegam mewakili Nallakaruppan dan Wan Azmir Wan Majid bertindak bagi pihak UMMB dan Abdul Aziz.

Latheefa ketika ditemui pemberita berkata penghakiman persetujuan telah dicapai antara Anwar dengan ketiga-tiga defendan iaitu Nallakaruppan telah menjelaskan kenyataan yang dibuat terhadap Anwar berhubung dakwaan salah laku moral.

“Plaintif (Anwar) berpuas hati dengan penjelasan Nallakaruppan dan menarik balik tuntutan saman tersebut,” kata peguam itu yang turut memaklumkan satu kenyataan penyelesaian akan disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dalam masa tujuh hari dari hari ini.

Dalam saman yang difailkan pada 26 Mac 2012, Anwar mendakwa Nallakaruppan telah mengeluarkan kenyataan dalam artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk: “Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla” bertarikh 20 Mac 2012.

Anwar mendakwa perkataan fitnah itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.

Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – Malaysiakini

KLIK VIDEO: Rafizi: ‘Saya ada bukti orang rapat dengan PAS dapat duit 1MDB’

KLIK BACA: Kerana polis Najib hilang peluang bersih nama, tulis Tun Dr Mahathir

KLIK BACA: Najib merugikan bangsa – Dr Mahathir tidak pernah kalah dalam pertarungan besar politik

KLIK BACA: Rafizi lapor polis Jho Low, desak rakyat lakukan perkara sama

KLIK BACA: Siti Kasim mahu saman blogger bodoh dia cipta tuhan baru GETARAN

KLIK BACA: Orang terkorban kerana 1MDB – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

Tolong Komen & Share